Rabu, 1 Oktober 2008

Arab Saudi, Jordan beraya awal


Takwim Hijrah perlu diseragamkan satu dunia.


Seluruh umat Islam dan negara Islam di dunia hendaklah memikirkan untuk menyeragamkan tarikh takwim Hijrah agar ia menjadi satu takwim yang mempunyai standard.

Hari ini takwim amat berbeza. Penulis masih ingat masa sekolah dahulu Ustaz Saad (arwah) dia tidak mahu menggunakan takwim hijrah Malaysia kerana banyak kekeliruan. Setiap kali dia menulis tarikh di papan tulis dia akan mengikut takwim Arab Saudi.

Dari dahulu lagi penulis tidak bersetuju dengan takwim Hijarah yang diguna pakai di Malaysia. Sebab masalahnya ialah tarikh 1 Ramadhan daan 1 Syawal tidak mengikut kiraan falak. Menentukan puasa dan raya aidil fitri tidak boleh lagi bergantung kepada sistem rukyah dan hisab.

Dunia Islam atau OIC hendaklah sepakat dalam menetapkan takwim yang satu. andainya kita menyebut 1 Muharam jatuh pada hari Khamis maka satu dunia akan menggunakannya. Tidaklah berlaku 1 Muharam di Malaysia jatuh pada hari Khamis tetapi di Benua Arab jatuh pada hari Rabu.

Tidak harus ada dua kalendar yang berbeza hari dan tarikh. Seandainya perkara ini fikirkan oleh pemerintah dan dilaksanakan di seluruh dunia, maka kita sebagai umat akan berbangga dengan sistem takwim yang ada.

Hari ini dalam urusan kerajaan kita dimestikan menulis takwim hijarah di atas dan takwim masehi di bawah, kenapa perkara ini berlaku?

Dalam sistem perundangan sivil dan syariah seluruh dunia akan menjadi lebih mantap sekiranya mempunyai satu tarikh yang piawai atau standard. Biarlah tarikh menentukan puasa dan raya atau wukuf di arafah tersedia awal dalam kalendar.

Dahulu surat khabar di negara kita kadang-kadang tidak mencatat tarikh hijrah ini kerana pengumunan mohor besar. keesokan paginya kita akan lihat akhbar tanpa takwim hijrah.

=================================================================


Ratusan ribu umat Islam bersolat Aidilfitri di Masjidil Haram di Mekah,semalam.


RIYADH 30 Sept. – Umat Islam di Arab Saudi, Lebanon, Libya dan Jordan menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini dalam suasana sederhana tetapi meriah.

Pegawai agama Arab Saudi berkata, anak bulan telah kelihatan semalam, sekali gus menandakan berakhirnya bulan Ramadan hari ini.

Turut menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini ialah umat Islam di Kuwait, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Albania dan Filipina.

Bagaimanapun di Mesir, pihak berkuasa agama negara itu mengumumkan, umat Islam akan hanya mula berhari raya esok.

Kebanyakan negara Islam masih menggunakan kaedah rukyah iaitu melihat anak bulan untuk menentukan tarikh hari raya.