Selasa, 30 September 2008

BERAS DAN I.S.A (KLIK)

KOMEN: Beras zaman dulu dengan beras hari ini sudah jauh berbeza. Dahulu pokok beras (padi) di tanam setahun sekali. Kemudian teknologi berubah. Padi ditanam dua kali setahun.

Padi dahulu ada nama, seperti Padi Mat Candu, Padi Mahsuri, Padi Malinja dan beberapa nama lagi yang antik, Dahulu juga padi dijual dalam kiraan cupak dan gantang. Kalau padi dikira pikul.

Walaupun padi akan datang mungkin ditanam 4 atau 5 kali setahun, ia tetap bernama padi dan bila diproses di panggil beras. Pokok beras tak wujud, yang wujud ialah pokok padi.


Amerika, Australia, Vietnam, Thailand, China merupakan pengeluar dan pengeksport beras/ padi dunia. Padi sama penting dengan gandum dan lain-lain bijirin. Orang Malaysia tidak boleh hidup tanpa beras dan gandum. MARDI hendaklah memikirkan bagaimana pula menanam gandum di negara kita.

Dari padi ke ISA. Padi dan Isa memang ada persamaan. ISA zaman dahulu dikhususkan untuk menahan mereka yang mencuba untuk mengganggu ketenteraman negara. Komunis menjadi agenda utama ISA.

Sekarang komunis sudah meletakkan senjata. Tiada lagi tentera kita yang putus kaki, buta mata dan cacat kerana terkena jerangkap samar oleh komunis. Hari ini menjadi tentera lebih selesa dan senang kerana negara sudah tiada lagi ancaman kumpulan ini. Akan tetapi ancaman akan berubah wajah kepada satu bentuk lain pula.

Shapeshiffter (pelbagai wajah) adalah ancaman baru kepada negara, dan ia adalah sama dengan ancaman komunis dahulu. Negara sejak akhir-akhir ini telah diuji oleh shapeshiffter ini dengan berbagai rupa dan bentuk wajahnya hinggakan mengelirukan sebahagian besar umat negara ini yang terdiri dari berbilang kaum dan agama.

Pelbagai wajah ini telah digambarkan dalam banyak filem-filem hollywood .Salah satunya ialah filem series Terminator. Matrix dan banyak lagi. Hari ini 'pelbagai wajah' sudah ada dalam negara ini dan mereka inilah yang mendesak agar dihapuskan ISA.

Mereka ini ada disemua sudut dan dalam komponen Barisan Nasional pun ramai. Andainya ISA dihapuskan di negara kita, satu pesta oleh kumpulan ini akan dibuat secara besar-besaran di dalam dan luar negara.

Shapeshiffter ini amat bahaya. dan oleh itu penulis menolak sekeras-kerasnya sebarang cadangan untuk menghapuskan ISA.

Bolehkah kita mendesak Allah atau Tuhan menghapus NERAKA?

KOMEN INI ADALAH MERUJUK KEPADA SURAT TERBUKA ZAID IBRAHIM KEPADA PM. idea beras muncul selepas bayar zakat fitrah. zaman dahulu orang bawa segantang beras untuk bagi zakat kepada fakir miskin.

Hari ini bayar RM7.00 seorang kepada amil selesai rukun zakat. Pandai-pandai pihak yang bertanggungjawablah untuk menjalankan amanah untuk mengagihkan zakat kepada yang memerlukan.

Perak diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Pas mendukung hal-hal Islam. Kalau dahulu orang Pas tak mahu bagi zakat kepada amil yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Perak tetapi tahun ini bagaimana pula.

Apakah orang Pas akan bayar kepada amil Pas sahaja dan bukan kepada amil lantikan pejabat kerajaan negeri.

Pas akan gunakan zakat tersebut untuk pergerakan politik Pas, Harap tahun ini Pas Perak tidak akan mengambil wang zakat seluruh rakyat Perak untuk jentera politik Pas.