Rabu, 29 Oktober 2008

MB Perak nafi rombongan ke Makkah semua ahli Pas

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan semua 22 anggota rombongan haji yang diluluskan khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah ahli Pas.

Mohammad Nizar berkata kenyataan Ahmad Zahid mengenai hal itu adalah tidak benar kerana sebahagian daripada bakal haji berkenaan adalah pesara kerajaan dan tidak menganggotai mana-mana parti politik.

Timbalan Persuruhjaya II Pas Perak itu turut menafikan bahawa beliau dan isterinya, Datin Seri Fatimah Taat termasuk dalam rombongan haji yang diluluskan itu.

=================================================================

Komen dan ulasan.

Walaupun kata Nizar bukan semua orang Pas tetapi hakikatnya semua tu adalah penyokong Pas. dan cikgu pencen tu kemungkinan besar sebagai penghargaan kerana sudi menjadi Ketua JKKK yang dilantik oleh kerajaan Dap-Pas.

Akui sajalah nak menafikan apa lagi. Sudah terang lagi bersuluh kata orang.




"Saya dan isteri tidak pergi haji tahun ini, jadi saya perlu membetulkan kenyataan Ahmad Zahid dan menjelaskan bahawa daripada 22 bakal haji yang diperuntukkan bagi Menteri Besar antaranya adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tapi ramai yang tidak menjadi ahli parti politik. Ada cikgu pencen," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Pengurusan Sisa Pepejal Asia-Kesatuan Eropah (EU) di sini.

Beliau mengulas permohonan khas rombongan 22 anggota ke Makkah yang diluluskan Ahmad Zahid walaupun ada 348,000 dalam senarai menunggu tahun ini.

Bagaimanapun beliau amat berterima kasih kepada Ahmad Zahid atas keputusan yang dibuatnya.

Mohammad Nizar berkata beliau bersedia bekerjasama dengan Ahmad Zahid yang kini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Perak iaitu badan eksekutif yang memantau semua projek jabatan kerajaan Persekutuan di negeri ini.

Beliau berkata dana RM1 bilion daripada kerajaan Pusat untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan di Perak menerusi jabatan dan agensi kerajaan akan membantu penduduk di negeri ini.

Katanya kerajaan negeri turut mengalu-alukan peruntukan khas daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri kepada Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) untuk membaik pulih surau atau masjid di negeri ini dan sekaligus mengurangkan beban kewangan Jaip. - Bernama

C