Khamis, 30 Oktober 2008

Rasuah Politik atau Politik Wang

Umno sebagai tunjang parti BN telah menguasai politik negara sejak PRU pertama 1955. Pada ketika itu rasuah politik di kategori zero.

Zaman itu UMNO miskin dan rakyat sanggup menyumbangkan wang ringgit, harta benda seperti emas semata-mata ingin melihat Malaya bebas dari pemerintahan Inggeris. Orang Umno ketika itu sanggup menjunjung atau memikul pembesar suara berjalan kaki masuk kampung berbatu-batu untuk berkempen pilihanraya.

Dari nama Malaya hingga menjadi Malaysia negara terus berkembang maju dan rahmat pemerintahan sendiri rakyat semakin mewah dan taraf hidup semakin meningkat.

Hari ini setelah 51 tahun merdeka , negara semakin dicemburi oleh politiking dalam dan luar. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menjatuhkan UMNO dan pemerintahn BN. Usaha hampir berjaya dalam PRU 12.

Politik wang telah mula diperkatakan sejak 1993. Sesiapa yang ingin menjadi Ketua Bahagian mesti ada wang. Untuk menjadi AJK Bahagian juga mesti ada wang, malah untuk menjadi wakil bahagian ke Persidangan Agung di PWTC pun memerlukan wang. Malah untuk menjadi Ketua pemuda cawangan juga mesti ada wang.

No money no talk, no money no project. Hari ini ada tangan yang meminta dan ada tangan yang memberi. Tangan yang meminta akan menilai , siapa besar akan dapat lebih. siapa tak bagi duduk tang tu lah.

Itu lah politik hari ini. Seperti anda pergi bank untuk pinjam wang untuk projek pertanian. Pegawai bank akan bertanya ada berapa ekar tanah untuk dicagarkan? Kalau ada tanah semuanya mudah , tak ada tanah , tunggulah kita akan pertimbangkan permohoonan anda.

Dalam pemilihan UMNO setiap 3 tahun sekali peranan wang amat menjadi-jadi. Untuk menjadi G7 seorang itu sanggup membuat pinjaman wang. dan dengan harapan beliau akan mendapat kembali wang tersebut berlipat kali ganda bila berada di PWTC.

Sebelum persidangan setiap minggu turun ke KL penginapan dan makan ditanggung. Itu lah yang dibicarakan dalam tahun 1993 yang lalu. Cenderahati dan cenderamata teramat laris. Hidangan Lopster juga menjadi hidangan istimewa untuk mereka. kalau begitu apa salahnya melabur sepuluh atau dua puluh ribu di peringkat bahagian.

Pelancong asing tercegang melihat orang Melayu semua penuh di hotel-hotel 5 bintang , kereta-kereta besar berwarna hitam penuh di hadapan hotel, yang keluar masuk semua muka orang Melayu. Hebat sungguh ketika itu. Siapa tok dalangnya? Ia telah di jawab oleh Tun Mahathir pada buah akhir persidangan.

Pembaca dari parti pembangkang pun sama. Jangan tersenyum sinis bila membaca. Pakatan Rakyat juga tidak kurang dalam rasuah politik atau politik wang. Lihat saja Husam Musa sanggup berbelanja besar kepada penyokong Hindraf baru-baru ini dengan membelanja makan kepada puluhan penyokong Hindraf dan berjanji untuk menjadi orang tengah antara kerajaan dan Hindraf. Politik wang atau rasuah politik lah namanya tu.

Dalam PRU kecil di PP 44 kita dapat lihat dengan jelas brtapa hebatnya politik wang yang dimainkan oleh calon yang menang. tetapi menafikan bahawa dia tak ada wang dan kereta pun kereta orang lain. Ingat, "no money , no talk"

Wahai rakyat Malaysia mari lah sama-sama kita menentang politik wang. Dr Rais pernah berkata eloklah pemilihan dibuat secara tender. satu kenyataan yang cukup sinikal. tetapi ada orang dari utara marah akan kenyataan beliau itu.

Ingat! kerana candu, negara Cina tergadai kepada barat, dan kita kerana wang negara runtuh.
'HAPUSKAN RASUAH POLITIK'