Jumaat, 31 Oktober 2008

Noor Fadilah ikuti kursus kejururawatan

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Noor Fadilah Ahmad, gadis yang mendapat perhatian ramai apabila 'dilarikan' ke Lombok, Indonesia oleh teman lelakinya bakal mengikuti kursus kejururawatan, tidak lama lagi.

Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Noor Fadilah akan mengikuti kursus itu di sebuah kolej universiti swasta di bawah program Peluang Kedua.

"Pengajian ini akan memakan masa hampir tiga tahun," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noor Fadilah ketika ditemui berkata, dia amat gembira dengan peluang yang diberikan itu.

"Saya mahu gadis-gadis lain tidak mengulangi kesilapan saya dan perlu yakin ada peluang untuk kita semua berubah," katanya.

Noor Fadilah yang berasal dari Ladang Sungai Gedung, Bagan Serai, Perak dibawa lari oleh Nasrudin Dahro, 24, ke Lombok pada 6 September lalu selepas hubungan cinta mereka tidak mendapat restu keluarga.

================================================================

Ulasan:

Ladang Sungai Gedung ini letaknya tidak jauh dari bandar Taiping. Jika anda keluar dari toll Taiping Utara ada hanya mengambil masa yang singkat untuk ke ladang tersebut. Ia berada di sebelah Jalan Kg Dew, jalan lama dari utara ke selatan. bermula dari Simpang Halt sehingga ke Bagan Serai dan Kuala Gula terdapat banyak ladang-ladang sawit yang pekerjanya adalah dari warga Indonesia. dengan itu berhati-hatilah...Ramai petualang yang ingin melarikan anak-anak gadis kita.