Sabtu, 29 November 2008

Indah khabar saja.

MK Land sasar jualan hartanah RM350 juta

PETALING JAYA 28 Nov. - Pemaju hartanah, MK Land Holdings Bhd. (MK Land) mengunjurkan jualan sebanyak RM350 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2009.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar berkata, unjuran itu mampu dicapai berdasarkan pelan perubahan haluan yang dilaksanakan dalam tiga fasa untuk tempoh tiga tahun.

Menurutnya, pelan yang juga dikenali MK Land Renaissance melibatkan tiga pendekatan iaitu pembinaan hartanah berkualiti dan berkemampuan, memberi tumpuan kepada pasaran kediaman premium dan pembangunan pejabat khusus.

Katanya, pelan itu termasuk perubahan dalam struktur, budaya kerja dan strategi dalam syarikat.

''Kami yakin keuntungan syarikat akan kembali pulih melalui projek yang telah dilaksanakan, projek yang baru dilancar dan bakal dilancar pada suku ketiga dan keempat tahun kewangan itu serta jualan tanah," katanya kepada pemberita pada taklimat mengenai pelan itu di sini, hari ini.

Mustapha Kamal berkata, sehingga kini syarikat telah melancarkan 45,964 unit hartanah bernilai RM6.30 bilion manakala sebanyak 42,735 unit hartanah bernilai RM5 bilion terjual.

Beliau menambah, pihaknya juga telah melancarkan beberapa projek pembangunan kediaman premium dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM3.86 bilion.

''Projek-projek tersebut ialah Armanee Terrace II yang merupakan kondominium dan The Rafflesia iaitu banglo berkembar dua tiga tingkat," ujarnya.

Jelas beliau, Armanee Terrace II yang menampilkan gaya moden kontemporari dengan GDV RM2.86 bilion terdiri daripada 3,846 unit kondominium di atas tapak seluas 29.61 hektar.

''The Rafflesia pula yang melibatkan 460 unit banglo berkembar dalam tiga fasa dengan GDV sebanyak RM1 bilion terletak di atas tanah seluas 32.45 hektar yang mana sebanyak 56 unit telah terjual dalam fasa pertama," katanya.


Komen:
Banyak projeknya setakat ini tidak berkualiti. kerana tenaga pekerja adalah dari Bangladesh, India , Burma dan Indonesia.

Selain itu projek di Damansara Perdana dan Bukit Merah banyak mendapat rungutan pembeli kerana tidak mencapai tahap yang memuaskan pelanggan.

Selain mutu kerja rendah masalah lain ialah syarikat yang menguruskan penyelenggaraan amat lemah dan tidak profesional.

Projek lambat siap, hasil kerja rendah dan bermacam2 lagi.

Bukit Merah satu-satu projek mewah yang ditanggung oleh pembeli. sedangkan skim sewa balik jelas merugikan pembeli.

Kepada bakal pembeli berhati-hatilah.