Khamis, 4 Disember 2008

Anjing dengan tulang.Orang tamak selalu rugi


Semalam penulis dan keluarga ke Pulau Pinang untuk bersantai bersama ipar duai dan anak-anak buah.

Meriah sungguh dapat bersama sesekali. Masing-masing membawa makanan (potluck) untuk makan tengah hari di Pantai Batu Peringgi (peringgi bererti Portugis) betul ker?

Selesai jam 3 lebih kami beredar ke Majid terapung tak jauh dari situ. Indah sungguh masjid yang dijaga rapi oleh jawatankuasa masjid. setelah beberapa tahun ia masih kekal cantik da bersih. Tiada apa yang cacat dan rosak.

Bersebalahnya ialah Apartment mangsa tsunami yang juga cantik dan tidak nampak cacat celanya, jelas menunjukkan penghuni apartment tersebut yang rata-ratanya kaum nelayan dapat menjaga kebersihan dan keceriaan sekitar kawasan perumahan mereka. Tahniah.

Destinasi seterusnya ialah untuk melihat kesan kerosakan yang dibuat oleh penganjur pertandingan tennis oleh bekas lagenda tennis dunia di padang kota. Jelas menunjukkan penganjur bersifat seperti 'anjing dengan tulang' atau seperti 'burung terbang dipipiskan lada'

Bukan saja kerosakan yang teruk tetapi gelanggang yang sangat mahal tersebut lembang lembik atau tidak rata. langsung tidak sesuai untuk permainan tennis . Akibatnya penganjur terpaksa membuka semula projek yang bernilai berjuta ringgit yang tidak membawa sebarang hasil.

Tiket bermula RM188, RM288, RM388 dan seterusnya berdasarkan angka 88. Penulis seorang peminat tennis dan pemain tennis seketika dahulu. berhenti akan kecederaan tulang belakang semasa bergimnastik. Memang dah pasang angan-angan untuk melihat pemain idola Bjorn Borg. Mujurlah tiket belum ditempah, kalau tidak rugi saja wang tersebut.

Ternyata projek tersebut adalah dibuat tergesa-gesa antara penganjur dengan kerajaan negeri. Akibatnya ia gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Kerajaan Dap Pulau Pinang malu besar tetapi Pakatan Rakyat diam membisu seribu bahasa. projek gagal terpaksa di senyapkan.

Andainya projek tersebut dibuat oleh kerajaan BN. Berguni-guni atau berbulan lama ia akan menjadi bahan kritikan.