Sabtu, 6 Disember 2008

Cina Taiping Bijak dan Bersatu Walaupun Berlainan Parti

Mengulas isu menghapuskan sekolah vernakular dan tentangan beberapa komponen BN ternyata meletakkan mereka seperti kura-kura. sekejap keluar kepala sekejap menyorok di dalam tempurung kulit cengkerang.

Mereka hanya berani mempersoalkan ketuanan melayu dan Malaysian Malaysia, tetapi enggan bersetuju dengan saranan Mukhriz untuk menghapuskan sekolah vernakular. kenapa takut?

 Kalau berani untuk berhadapan dengan kewujudan Malaysian Malaysia, mereka mesti berani untuk menghapuskan sekolah SRJK. Barulah akan berhasil sebuah masyarakat Malaysia yang menggunakan satu bangsa dan satu wajah Malaysia.

Mereka juga berusaha menghapuskan parti Umno kerana kononnya UMNO parti perkauman. Bagaimana pula dengan SRJK. Tidakkah itu juga perkauman. Kerajaan BN telah bersetuju untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dan semua parti sepatutnya memandang dari sudut positif usaha murni ini.

Apakah mereka takut Cina Malaysia hilang identiti seperti cina Indonesia?

Berbalik kepada tajuk di atas, Cina Taiping lebih bijak merangsang strategi mereka sejak awal lagi, Fokus saya ialah khusus untuk SRJK Hua Lian. Bermula dengan sebuah sahaja sejak awal penubuhan, hari ini mereka telah menambah beberapa buah lagi sekolah tersebut dengan nama Hua Lian 1, Hua Lian 2, Hua Lian 3 , Hua Lian 4 dan seterusnya.

Setiap sekolah mempunyai jumlah pelajar melebihi 1000 murid. majoriti penduduk tipikal cina menghantar anak mereka ke sekolah tersebut.

Blogging dari A4 Terminal utama KLIA>