Isnin, 5 Januari 2009

PKR di Sarawak umpama pengemis


Selamat tahun baru Hijrah dan Tahun baru Masehi. Saya akan kembali menulis setelah kabel TM yang dicuri penyangak berjaya di pulihkan mulai tengah hari ini.

Dalam tinjauan penulis semasa berada di Sarawak ternyata PKR umpama pengemis. Hanya mendapat liputan kecil tentang perjumpaan dan majlis makan malam yang disiarkan di akbhar keluaran Sarawak sahaja. Pas langsung tidak menampakkan kuku, kalau ada pun hanyalah dari sekumpulan kecil kakitangan kerajaan yang datang dari semenanjung.

Bagaimanakan akhbar mingguan keluaran Pas dan PKR memang ada terjual di bandar-bandar besar seleruh daerah.

Walaupun penduduk Sarawak tidak berminat dengan PKR tetapi penyokong DAP memang tidak boleh diperkecilkan. DAP lah yang menjadi sandaran dan harapan PKR untuk menguasai negeri itu.

DAP akan mempergunakan PKR untuk meraih undi Melayu dan PKR akan mengunakan DAP dan orang Cina untuk memihak kepada mereka

Rata-rata orang tempatan khususnya bumiputra selesa dengan pemerihtahan yang ada. cuma segelintir pemimpin politik yang kecundang dalam parti-parti yang mendominasi senario politik Sarawak akan memihak kepada Pakatan Pembangkang.

Kerajaan negeri mesti memberi tumpuan kepada usaha membaik pulih jalan-jalan yang rosak dan sebelum pilihan raya negeri. Kerosakan jalan raya terutama Sibu Mukah sudah dua tahun mendapat rugutan penduduk, Ia rosak teruk setelah penemuan arang batu yang dijumpai dengan banyak di daerah itu.

Pembangunan yang pesat juga menyebabkan jalanraya rosak. CMS atau Cahaya mata Sarawak yang mendapat kontrak penyelenggaraan seluruh jalanraya di Sarawak juga dilihat tidak aggresif dalam menjaga dan membaik pulih kerosakan.

Kerajaan negeri juga hendaklah membangunkan perumahan mesra rakyat dan membina banyak rumah mampu milik. Rumah juga hendaklah berkualiti dan mampu dibeli oleh rakyat khususnya bumiputra.

Di bandar-bandar utama rumah-rumah yang berharga melebihi RM 150 ribu ke atas kurang dimiliki oleh golongan bumiputra yang datang dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Pada tahun 80an kaum bumiputra dan cina dilihat sama dan hari ini kaum cina telah jauh meninggalkan kaum bumiputra dibelakang.

Oleh itu satu usaha untuk meningkatkan ekonomi bumiputra hendaklah dilakukan oleh kerajaan negeri.