Ahad, 25 Januari 2009

100 TAHUN BANTUAN UNTUK PALESTINE

Dari sudut sejarah kewujudan Israel telah di susun atur dengan rapi sebelum perang dunia II lagi, sama seperti pembentukkan Serbia.

Dunia telah menanggung pembentukan dan pembangunan Israel. Malaysia secara tak langsung juga telah menyumbangkan sejumlah wang untuk disalurkan ke (negara kecil ganas) tanpa kita sedari.

Syarikat-syarikat besar dunia yang menyumbangkan peruntukan kewangan ke Israel banyak juga beroperasi di Malaysia samada mempunyai kilang, pangkalan ataupun dari segi pemasaran.

Satu kenyataan seorang tersohor di Malaysia mendedahkan bahawa jika kita menjadi perokok tegar bermakna 10 % hasil pembelian rokok kita akan di salurkan ke sana. Itu belum kira minuman , makanan, peralatan elektronik, dan bermacam-macam lagi yang ada di sekeliling kita.

Gaza telah dimusnahkan oleh Israel dalam serangan sewaktu umat Islam menyambut tahun baru hijrah,

Malaysia dan dunia Islam telah membuka tabung bantuan kemanusian.
Tabung ini untuk membantu penduduk Palestine yang masih hidup untuk meneruskan kehidupan.

Satu usaha yang hukumnya wajib bagi setiap umat Islam untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

Kita dipersoalkan di akhirat jika tidak membantu orang yang dizalimi seperti Palestine.

Umat Islam sedunia hendaklah terus membantu mereka bukan saja sewaktu mereka diserang tetapi bantuan berterusan hendaklah dilaksanakan sebagaimana bantuan sekutu-sekutu zionis dalam pembangunan Israel.

Barat dan zionis telah membuktikan kepada dunia dengan menguasai ekonomi global mereka mampu membangunkan sebuah negara Israel.

Islam juga harus membuktikan dengan kekuatan ekonomi umat Islam dunia kita juga mampu membangunkan sebuah Palestine moden.

Ini jihad dan pihak yang berwajib atau NGO hendaklah memulakan langkah dengan mewujudkan tabung Palestine untuk membantu meraka selama 100 tahun bermula dari sekarang.

INSYAALLAH JIKA UMAT ISLAM BERSATU AKAN MUNCUL SEBUAH NEGARA ISLAM PALESTINE YANG KUAT DAN DIHORMATI DUNIA BARAT DAN ZIONIS.

100 TAHUN BANTUAN UNTUK PALESTINE,