BN dah kalah di KT 36. Siapa nak letak jawatan atas rasa tanggungjawab yang menyebabkan kekalahan.
Tak perlu menyanyi lagu Bangau...Oh Bangau......
Lain kali kalau nak buat ceramah politik Bn kena ada senarai semak, siapa yang boleh dan siapa yang tak boleh.
Orang yang rekodnya tak bagus dalam PRU12 dan P44 lalu jangan dibenarkan berceramah. Khalayak tak suka mereka. Apa kata mereka pun orang tak mahu dengar sebab pintu hati sudah tertutup rapat.
Hairan kenapa Tun Mahathir dipinggirkan dalam pilihan raya umum dan kecil. Sedangkan beliau mempunyai daya tarikan yang kuat dan bijak mengulas tentang isu-isu yang di utarakan.
Anwar berkata kemenangan Pas menandakan rakyat mahukan perubahan. Sebenarnya salah dan tidak tepat. Pas menang kerana iltizam dan motivasi yang tinggi dikalangan ahli Pas P36 itu sendiri. Mereka tidak mahu berputih mata untuk kali kedua di sana.
Dengan semangat yang tinggi maka mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk mencapai kemenangan dan ia berhasil membuahkan kejayaan.
Satu lagi punca kekalahan ialah kehadiran Puteri Umno yang bagaikan ratu-ratu cantik dunia. Berambut perang berseluar jean , entah dari mana datangnya. Pengundi P36 tidak dapat menerima kehadiran mereka sebagai perayu undi , mereka lebih selesa jika puteri-puteri tersebut berbaju kurung dan bertudung.
Lainlah kalau Pilihan raya kecil Bukit Bintang,mungkin sesuai lah kut. Yang ini Ketua Puteri Umno kena ambil berat etika berpakaian semasa berkempen.
BAGAIMANA PUN SAYA TETAP BESYUKUR KERANA UMNO TETAP DIHATI PENGUNDI P36. KALAU TIDAK MANA BOLEH DAPAT 30 RIBU PENGUNDI.
Man U yang kuat pun sesekali kalah juga.