Isnin, 19 Januari 2009

Kempen Pas

Kempen parti Pas untuk P36 mungkin sama dengan PRU 12.

Penulis tidak pergi ke KT sebaliknya mengikuti perkembangan dari jauh sahaja. GAP melaporkan kempen Pas memang hebat dan aggresif.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh GAP mungkin ia hampir sama dengan PRU12 tahun lalu. Pas akan menggunakan masjid dan surau untuk memaki hamun pihak lawan tanpa rasa bersalah dan berdosa.

Hari Jumaat kaum ibu atau dikenali muslihat pas akan merayau dalam kawasan masjid untuk mengedarkan risalah kepada jemaah dan meletakkan risalah mereka pada kereta dan motosikal.

Tak puas lagi mereka akan menahan jemaah dari keluar masjid dengan menyekat pintu pagar dengan kenderaan 4x4 dan memberi ceramah dan menyampaikan propaganda mereka kepada jemaah.

Tindakan mereka berkempen memang seperti samseng dengan rupa yang begis. Tak salah jika penulis blog melabelkan Pas ialah parti samseng.