Usaha untuk menjatuhkan Umno telah wujud sejak awal penubuhanya lagi. Parti Negara, Pas Hamim, Dap , Semangat 46 , parti sosialis rakyat Malaysia dan akhir-akhir ini yang amat berjaya ialah PKR yang mendapat sokongan pelbagai kaum di dalam dan luar negara terutamanya Zionis.
Umno dan Barisan Nasional berada dalam zon selesa selama bertahun-tahun. Sehinggakan ada yang menyatakan letakkan tunggul pun BN akan menang. Itu cerita lama sekarang sudah lain.
Apa yang diperhatikan pada PRU 12 UMNO masih bersikap tak apa dan berharap semua akan terus berjalan seperti biasa. Sebenarnya barah dalam BN hasil racun yang disuntik oleh Pembangkang semakin membunuh Umno dan BN.
Pembangkang siang dan malam sentiasa berfikir, mengaturkan strategi dan melancarkan serangan demi serangan untuk memusnahkan Umno dan BN secara senyap dan teratur.
Umno masih lagi berfikiran dalam kotak yang kecil. Nyanyian yang didendangkan oleh UMNO tidak berubah. Setiap kali PRU agenda dan strategi yang sama digunapakai. Acapkali setiap PRU ahli-ahli Umno berbalah dan tidak puas hati dengan sipolan dan sipolan. Maka timbullah team-team dan boikot memboikot sesama sendiri.
bersambung