Jumaat, 6 Februari 2009

Abu Hassan Phd (klik)

Nama Abu Hassan Phd memang popular di kaca tv terutama Astro Awani. Dalam beberapa sesi ulasan dan komen beliau jelas menunjukkan beliau juga adalah pro balik sana.

Semalam beliau bercakap soal intelektual politik. Saya ingin memanjangkan sedikit apa idea beliau dan pendapat saya sendiri.

Generasi masa kini adalah generasi berpelajaran tinggi. Oleh itu sudah sampai masanya ahli politik yang ingin bertanding untuk kerusi parlimen dan adun hendaklah mempunyai kelayakan dan syarat-syarat yang menjuruskan kepada akademik.

Hari ini calon-calon hanya dirujuk dengan kes mahkamah yang melibat masalah jenayah dan kewangan. Sekiranya seorang itu telah diisytiharkan muflis maka gugurlah hak untuk bertanding. Begitu juga dengan kes DSAI dan lim Guang Eng, mereka terpaksa menunggu edah mereka tamat untuk membolehkan mereka bertanding dalam pilihanraya.

Andainya faktor akademik diambil kira maka kita akan memperolehi seorang ahli politik yang intelek dan mempunyai kewibawaan yang tinggi sebagai wakil rakyat . Seorang calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama dan lulus MUET. (cadangan saya)

Begitu juga pemilihan pucuk pimpinan parti. Untuk menjadi AJK bahagian, negeri dan Majlis Tertinggi seseorang itu hendaklah memiliki ijazah. Ini juga dapat menghapuskan politik wang atau rasuah politik.

Hari ini perebutan AJK parti lebih bebas , sesiapa yang mampu dan mempunyai wang yang banyak akan menguasai kerusi executive.

Abu Hasan menyebut 39 blog yang dia bacanya semalam (5/2/09) semuanya mengharapkan pilihanraya semula bagi membolehkan kuasa rakyat menentukan kerajaan. Ini menujukkan Dr Abu Hassan dari bidang media tidak faham perundangan dan akta pertubuhan.

Senang cerita, Bola Sepak Piala Dunia dan Sukan Olimpik diadakan 4 tahun sekali. Andainya England kalah dalam pertandingan akhir dan Argentina memenangi piala dunia dengan bantuan tangan tuhan. maka keputusan pengadil adalah muktamad. Nak lawan kena tunggu 4 tahun lagi. Tidak pernah dalam sejarah piala dunia diulangmain semata-mata kerana pihak lawan tidak berpuas hati.

Hukum dan undang-undang pertubuhan juga telah menyebut Mesyuarat Agung sesuatu pertubuhan boleh ditangguh seandainya korum tidak cukup. tetapi AGM tidak akan di buat 2 kali dalam setahun. Undang-undang pertubuhan jelas menggariskan ahli yang mempunyai undi terhampir selepas penyandang boleh dilantik memegang sesuatu jawatan seandainya AJK yang dipilih itu berpindah, meletak jawatan atau meninggal dunia. Itu belum di kaji undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Ternyata Abu Hassan Phd tidak membuat ulasan secara profesional. Astro Awani hendaklah bijak menilai seseorang panel untuk programnya. Panel hendaklah mengulas secara pro dan kontra bukan memihak kepada sesuatu pihak.

Berbalik kepada intelektual politik. Saya mencadangkan seseorang yang pernah dipenjarakan walaupun sehari maka beliau tidak layak lagi menjadi calon dan pemimpin parti politik. Cara begini akan dapat menjaga disiplin dan etika dalam politik.

Saya juga bersetuju dengan penubuhan mahkamah pelembagaan seperti yang pernah disebut oleh Datuk Ibrahim Ali.