YAB Datuk Dr Zamry telah pun selesai mengangkat sumpah. Sumpah ini ialah yang tidak sah pada pemikiran puak baliksana.
Kami penyokong BPN mengucapkan tahniah atas perlantikan tersebut.
Sudah pasti YAB adalah mempunyai kuasa exutice yang besar selepas Sultan, dan beliau telah pun mengangkat sumpah taat setia untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh Sultan.
Sudah tentu YAB tidak akan menghampakan Sultan Perak dengan melakukan perkara-perkara yang tidak betul , yang boleh menimbulkan kemurkha Sultan dan kemarahan rakyat Perak sebagai mana yang Nizar lakukan.
Nizar amat yang mengangkat sumpah Mac tahun lalu telah gagal sama sekali dalam menunaikan tanggungjawab dan kuasa yang diberikan oleh Sultan dengan menggadaikannya kepada DAP. Beliau telah melantik Speaker dari bangsa lain , tidak mampu membuat keputusan sendiri dan membiarkan Dap bermaharaja lela dalam pemerintahan negeri.
Baginda Sultan memerhati dengan penuh sabar, dan kesabaran Tuanku mempunyai batas akhirnya pucuk di cinta ulam yang mendatang. Nizar dan exco yang gagal diperintahkan turun kuasa. Tuanku berhak melakukan apa saja perintah memecat atau menamatkan tugas Nizar tanpa merujuk mahkamah atau Agung. Agung hanya berkuasa di atas negeri yang tidak beraja sahaja.
Tadi masih terdengar rungutan setengah-setengah puak-puak baliksana yang enggan menerima keputusan peralihan kuasa di Perak. Mereka masih berpendapat sama seperti Dr Abu Hassan komentar cermin tebal di Astro Awani iaitu mahukan pilihanraya.
Sekiranya kita tidak bersetuju dengan cara peralihan kuasa di Perak, Dun Perak perlu meminda undang-undang tersebut. Begitu juga dengan Parlimen. Hari ini Parlimen yang bersidang pun belum mencapai kata sepakat dalam perkara lompat parti.
Peliknya puakbaliksana bersetuju dan mengiktiraf usaha Anwar untuk mengajak 30 -40 ahli parlimen BN untuk lompat parti bagi membantu Anwar merampas Putrajaya.
Bila perkara yang sama berlaku di Perak mereka menukar pemahaman mereka dengan menolak idea tersebut. Begitu juga Abu Hassan Phd menolak peralihan kuasa Perak.
Ada juga suara yang menyatakan bahawa 2 adun yang menyokong Bn itu tidak bermoral, menghadapi tuduhan mahkamah, mereka Adun yang tidak berkualiti dan tidak berpendidikan tinggi.
Saya juga ingin bertanya kepada puak baliksana. Siapakah yang mencalonkan mereka untuk menjadi wakil rakyat. Bukan kah mereka adalah dari Pkr yang bossnya ialah Anwar sendiri. Mereka juga tidak sedar dan lupa bahawa bos mereka iaitu DSAI juga sedang menghadapi tuduhan mahkamah dan DSAI juga adalah bekas banduan. Kalau mereka boleh mengutuk dan menghina 2 adun tersebut maka mereka juga tanpa sedar telah menghina DSAI.