Khamis, 19 Februari 2009

Anwar yang disayangi

Anwar merupakan bapa kepala Pkr, dan sudah tentu mendapat sokongan jitu dari mereka. Penyokong nya datang dari Umno juga dan dari kumpulan bekas penyokong Semangat 46 yang terus murtad politik.

Menghairankan ialah kenapa Pas menjadikan Anwar sebagai ikon pilihan yang dipuja begitu rupa. Tidakkah Pas sedar bahawa ikon pujaan mereka adalah ahli Umno totok yang telah menjadi sasaran kutukan dan penghinaan Pas sebelum ini.

Anwar dilihat sebagai kaki sontot, kaki perempuan, kaki penipu, kaki rasuah, kaki fitnah , kaki kronisme, dan kaki segala kaki. Itu dahulu semasa beliau masih dalam Umno.

Hairan kenapa selepas diterajang keluar oleh Umno, Pas pula yang memuja dan mengagung-agungkan beliau, sehingga dilantik sebagai Ketua atau pemimpun Pembangkang.

Mana kredibiliti Pas? Mana intigriti Pas?