Khamis, 19 Februari 2009

Pas termalu dan mahu Elizabeth dikenakan tindakan

SHAH ALAM 18 Feb. - Pas meminta supaya pucuk pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berhubung penyebaran gambar bogelnya menerusi Internet.

Mula-mula Eli dibela dan kini kena ambil tindakan pula? Jangan lah kasihan lah sicantik manis pungkuq montot tu..biar lah dia bebas, dia tak salah , yang salah ialah BN kerana menggangu privacy dia. Bukan aku kata Pak Nik yang kata. Satu perkara lagi Elizebeth tidak main belakang. Dia ikut prosedur yang betul. sebab tu dia pilih Hilmi, dia bukan lesbo.. Pas jangan lah cepat melatah. Moral dia ok apa? Dia bukan macam umat Nabi Lut yang engkar perintah.

Menurut kenyataan Sekretariat Media, Badan Perhubungan Pas Selangor di sini semalam, tindakan ke atas ADUN berkenaan perlu dilakukan bagi menjaga integriti dan nama baik pakatan pembangkang dan kerajaan negeri itu.

Intigriti? Kalau macam tu bagaimana dengan kes Mat Sabu dulu...

Kenyataan itu menegaskan, Pas menganggap seorang pemimpin perlu memiliki akhlak serta keperibadian yang baik supaya ia dapat dicontohi dan menjadi ikutan oleh rakyat.

Setuju dan Pas kena tolak kepimpinan dan parti PKR.

Kenyataan itu turut menyeru semua ADUN dan ahli Parlimen negeri itu agar dapat menjaga akhlak dan tingkah laku mereka daripada krisis moral yang menjejaskan kestabilan kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas.

Menurut kenyataan itu, Pas turut mengutuk tindakan penyebaran gambar berkenaan selain menyifatkan ia satu perbuatan jenayah dan perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Selain itu, parti tersebut turut meminta pihak polis menjalankan siasatan rapi dengan penuh amanah dan tanggungjawab berhubung kes berkenaan.

Pas juga mahu supaya pihak polis membawa sesiapa sahaja yang didapati bersalah menyebarkan gambar berkenaan ke muka pengadilan secepat mungkin, tambah kenyataan itu.

Bagaimana pula dengan penyebaran gambar palsu Najib dan Atantuya, gambar palsu lain yang direkacipa oleh PRdan PR pun patut di heret ke mahkamah.