Selasa, 24 Februari 2009

Bila Keriang Dot berkuasa, megah bukan main.

Polis ambil keterangan Speaker DUN Perak

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
bhnews@bharian.com.my


SIVAKUMAR (kiri) bersama penyokongnya selepas memberi keterangan di IPK Perak, semalam.

Sivakumar disiasat berhubung tindakan gantung Adun BN

IPOH: Polis semalam mengambil keterangan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hampir tiga jam berhubung tindakannya menggantung kehadiran tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada menghadiri Sidang DUN.

Keterangan diambil Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Superintendan Amarjit Singh yang dibantu dua pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan seorang lans koperal di Firma Guaman Chan dan Rakan-rakan di sini, bermula jam 2.45 petang semalam.


Keterangan itu diambil dalam bilik, manakala dua peguam Pakatan Rakyat, Chan Kok Keong dan Anthony Augustine tidak dibenarkan memasuki bilik berkenaan.

Sivakumar yang keluar kira-kira jam 5.20 petang hanya memberi kenyataan ringkas kepada wartawan dan enggan menjawab sebarang soalan lain.

"Saya memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis. Mereka (polis) juga memberi kerjasama kepada saya. Tiada masalah. Ini tanggungjawab saya untuk memberitahu kepada polis apa yang saya tahu," katanya.

Sivakumar kemudian mengedarkan kenyataan akhbar bertulis mengatakan keterangannya kepada polis tidak melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang.

Sebaliknya, beliau meminta polis menghentikan siasatan ke atasnya atau Adun atas kapasiti mereka sebagai ahli perundangan kerana siasatan itu bertentangan dengan undang-undang.

Beliau berkata, Enakmen Sidang DUN (Hak-hak Istimewa) 1959 yang dibaca bersama Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan menyatakan secara jelas tindakan mana-mana ahli perundangan atas kapasiti mereka sebagai ahli badan itu dan ke sahan mesyuarat mereka dilindungi secara mutlak serta kebal daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah.

"Saya yakin mana-mana siasatan polis ke atas mana-mana ahli DUN atas kapasiti mereka sebagai ahli perundangan melanggar undang-undang negara ini," katanya.

Kenyataan akhbar bertulis Sivakumar juga memetik laporan muka depan sebuah akhbar, Sabtu lalu bertajuk 'Polis akan panggil Speaker Perak' yang antara lain memetik Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah sebagai berkata, Sivakumar akan disiasat mengikut Seksyen 120 (B) dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Polis yang menyiasat aduan terhadap Sivakumar, turut mengambil keterangan wartawan Berita Harian, Mohd Feroz Abu Bakar, berhubung liputan ketika mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Rabu lalu.

Keterangan itu berkaitan laporan muka depan Berita Harian bertajuk 'MB, Exco BN digantung' keluaran Khamis lalu, iaitu mengenai Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya digantung menghadiri Sidang DUN masing-masing 18 dan 12 bulan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Ini pun nak gila meroyan juga....nanti anda boleh tengok dia berdiri sorang-sorang dekat Jalan Bendahara, Ipoh dengan guni, kutip besi buruk.