Ahad, 15 Februari 2009
Bkt Gantang dan Mee Udang
Kuala Sepetang atau Port Weld merupakan sebahagian dari kawasan Parlimen Bukit Gantang. Kawasan ini terkenal dengan kayu bakau, kawasan penghasilan arang dan terkenal dengan sejarah keretapi yang pertama di Malaysia selain hospital, pejabat pos, balai penghulu dan pejabat pos yang pertama di Taiping atau di Malaysia.
Kuala Sepetang dan seluruh kawasan Bukit Gantang akan menjadi tumpuan ramai dalam bukan Mac dan awal April nanti berikutan PRK P59.
Andainya anda ke sini jangan lupa untuk melawat 33 tempat bersejarah yang pertama di Malaysia dan sebahagiannya terletak dalam kawasan Matang, Kuala Sepetang.
Mee udang banjir amat terkenal dikalangan pelancong luar dan domestik. Kalau anda letih selepas berkempen atau sudah kelaparan , silalah berkunjung ke Matang atau Kuala Sepetang untuk menikmati keenakan mee udang.
Terdapat beberapa buah gerai yang menyediakan menu mee udang ini. Bermula dari Matang hinggalah ke pekan Kuala Sepetang, anda hanya perlu menyediakan perbelanjaan yang cukup kerana harga sepinggan mee boleh membeli petrol untuk untuk satu perjalanan yang jauh. mahal kan? Awas kepada yang mempunyai BP yang melebihi 140. Udang tersebut boleh meningkatkan tekanan darah anda ke tahap yang lebih tinggi.