Ahad, 15 Februari 2009

Tempat menarik di P59 Bukit Gantang

Satu lagi tempat menarik di P59 ialah resort Etika Ria, ia menyediakan bajet motel dan mempunyai rumah penginapan yang cukup untuk dikunjungi secara besendirian, keluarga atau pakej yang besar. Anda juga boleh memancing sehingga kepagi jika anda mampu berjaga malam. Menyeronokkan ialah tidak ada nyamuk pada malam hari. Saya sudah menginap di resort tersebut untuk beberapa kali kerana mengadakan program-program berbentuk motivasi. cuma di sini saya tak dapat menyiarkan gambarnya. tunggu ada masa nanti akan dimuatkan untuk tontonan anda.

Satu lagi ialah homestay yang banyak diusahakan oleh penduduk tempatan . anda kena rajin mencari daan bertanya. harga ? ikut selera anda. Sebelum terlupa ialah kolam air panas yang terletak di batu 8 Jalan Trong, satu lagi tarikan pelancong untuk merawat pelbagai penyakit kulit.