Apabila berlaku kekosongan pada Dun Bukit Selambau dan Bukit Gantang maka satu PRK hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari.
Jadi apabila SPR mengumumkan tarikh penamaan calon pada 29 Mac dan pengundian pada 7 April maka Pas sepatutnya berterima kaseh kerana SPR memberi ruang yang cukup untuk mereka bersiap sedia menghadapi PRK. Ini tidak, mengutuk lagi ada kononnya nak bagi Umno peluang selesai bersidang dulu.
Ini lah kisah orang tak pandai bersyukur.
Tarikh 7 April memberi tekanan kepada Umno sebenarnya. Apa tidaknya pada 24 hingga 28 semua orang akan berhimpun di PWTC, dan waktu itu juga bubu Umno di dua kawasan PRK boleh pecah kerana diserang oleh memerang dari Pakatan Ruyub.
Bn terpaksa berhempas pulas untuk menentang dan menghalau memerang yang telah merosakkan bubu-bubu dan mencuri ikan-ikan yang nyata berkhasiat dan gemuk-gemuk. Memang Pas hamPAS sungguh. says thanks lah.