Ahad, 15 Februari 2009

Tidak bersetuju dgn tarikh PRK- itu pendapat peribadai TGNA

TGNA mempunyai pandangan peribadi terhadap tarikh PRK. Tidak semua sekutu dalam pakatan ruyub yang bersetuju dengan pandangan peribadi beliau. Yang menyokong pendapat beliau hanyalah mereka yang ingin menjadi mursyidul am macam dia lah atau pengikut setia mazhab Nik.

Kalau pengikut Husam erdogan mungkin lain. Mereka mungkin berkata lagi lama lagi bagus sebab lebih banyak fitnah boleh direka. lebih banyak rusuhan minda boleh ditonjolkan.

Nik Aziz mungkin ingin PRK yang cepat supaya kurang dosa yang dibuat oleh Pas. Mungkin dia mahukan sesuatu perubahan pada Pas. Inginkan menjadi Parti Islam tulen, kurang mencemuh, kurang mencerca musuh, tidak menyerang peribadi. Kalau begitu pendirian Nik bagus lah, mungkin dia sedar bahawa mainan politik ini amat kotor dan tersasar jauh dari ajaran Islam. Laghoooo.

Pas juga dilihat masih bertarik tali untuk meletakkan calon di P59. maklumkan Pas banyak tauke dan banyak kepala. banyak mazhab. mazhab syiah mahu begini. mazhab wahabi nak begini. mazhab sekular dan plurelisme pula nak yang lain.

Pas sebenarnya sangat berterima kaseh kepada SPR berkenaan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi , akan tetapi sudah menjadi dasar parti pembangkang tidak boleh bersetuju dengan apa yang baik dan betul oleh kerajaan. Mereka mesti mencari alasan untuk mengkritik. Mungkin sengaja nak test market. Itu kata sebahagian bloggers mereka.