Jumaat, 6 Februari 2009

Guru KPLI, JQaf dan perlu dikaji perkhidmatan mereka.

Usaha kerajaan Barisan Nasional mewujudkan guru J Qaf ialah untuk memertabatkan pendidikan Islam di sekolah rendah dan pengambilan guru-guru KPLI juga menunjukkan sikap kerajaan yang perihatin terhadap pengangguran siswazah-siswazah .

Sejak awal lagi penulis memerhatikan kedua-dua kumpulan ini adalah mereka yang sering bersama puak-puak pembangkang apabila ada program politik seperti penamaan calon, perayu undi semasa pilahraya dan jurucakap kempen-kempen politik serta menjadi pakar-pakar IT dalam parti politik yang mereka setujui.

Hari ini merekalah yang memenuhi kerusi-kerusi di jabatan kerajaan seperti di Kementerian Pelajaran, Jakim dan lain-lain jabatan.

Dalam proses peralihan kuasa di Perak jelas memperlihatkan sikap mereka yang menghina sistem perundangan yang telah diamalkan dan telah diluluskan aktanya di parlimen.

Wajarlah pihak kerajaan hari ini menilai semula perjawatan mereka.Hidup senang lenang dengan memperolehi segala kemudahan sebagai kakitangan kerajaan tetapi mereka juga yang mencurahkan tuba dan racun untuk menjatuhkan kerajaan yang telah berjasa kepada mereka sejak mereka berada di dalam perut ibu mereka lagi.

Setiap tindakan kerajaan semuanya tidak betul dan salah pada pemikiran mereka. Kerajaan hendaklah berbuat sesuatu kepada mereka seperti memberi kursus kesedaran atau lebih mudah ialah dengan menamatkan perkhidmatan mereka.

Lebih ramai lagi anak-anak muda yang berjiwa patriotik di luar sana yang masih tercari-cari kerja yang mana ibu bapa mereka ialah penyokong kerajaan yang setia sejak dahulu.