Jumaat, 6 Februari 2009

Pas membela Dap Perak, (klik)

Pas merupakan parti politik Islam Malaysia yang bodoh piang dan dungu, jumud , sombong dan takbur.

Malam tadi 10 ribu menyokong Pas telah datang dari segenap pelusuk tanah air atas kerahan pemimpin mereka untuk mempertahankan kedudukan Nizar sebagai MB Perak walaupun jelas kuasa MBnya telah luput akibat disingkirkan oleh DYMN Paduka Seri Sultan Perak.

Saya berani menyatakan bahawa penyokong parti tersebut bodoh sombong kerana mereka tidak arif dan tidak memahami hukum dan undang-undang. Atau sengaja mereka buat-buat bodoh.

Sultan Perak bukan calang-calang Sultan. Bagainda adalah bekas Ketua Hakim Negara. Sebut apa saja tentang undang-undang baginda boleh menghuraikan satu persatu mengenai segala bab perundangan tanpa membuka buku-buku rujukan. Segala sumber sudah tersedia ada dalam minda Baginda Sultan.

Pas yang sebaliknya membodohkan diri kerana mempertahankan kedudukan Nizar, sedangkan orang cina, india, punjabi yang rata-rata dari parti terbesar Pakatan Rakyat (DAP) tidak langsung berusaha untuk mempertahan Nizar. Mereka walaupun mempunyai 18 kerusi tetapi mereka bijak melaga-lagakan Pas untuk terus berjuang dan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Mereka tidur lena di rumah masing-masing dan melayu Pas yang bodoh dan tongong sahaja yang bertegang urat dan kederat mempertahan Nizar dan Pas yang hanya mempunyai 6 kerusi.

Jelas dan nyata Pas bodoh dan kemaruk kuasa, Nizar tidak mempunyai apa-apa erti dalam Dap, hanya kuda ronggeng yang mengjadi patung boneka Dap sahaja.

Wahai melayu pemyokong Pas dan Nizar, hentikan kerja bodoh kamu, baliklah ke rumah kamu dan bangunkan ekonomi keluarga kamu. Dap tidak akan memberi kamu wang dan beras untuk anak-anak kamu makan. Ngeh dan Nga akan berangkat naik kapalterbang pergi menyelamatkan diri andainya negeri ini diserang oleh musuh.

Penyokong Pas mempunyai jati diri yang kuat tetapi sayangnya salah tempat. membela Ngeh dan Nga tanpa berfikir panjang.

Sedarlah oleh mu Penyokong Setia Pas.