Sabtu, 28 Februari 2009

his post

(*) Bloggers@HOT - ..puji Nizar tak boleh, puji Umno-BN tak pa..! Ptuihh..!!

Hari ni wak layan masa wak godek ke blog-blog sahabat wak dari dokongan Umno-BN. Itupun terhad kepada link yang wak kreditkan di blog wak ABOdaily saja. Yang lain belum lagi..takpa insyaAllah wak cuba melunsuri blog-blog sahabt kita itu sikit masa lagi. Sebelum itu wak nak beri penghargaan wak kepada blogger TaipingMali kerana rajin copy paste posting wak masuk ke blog dia, kadang ada taruh kredit, kadang tak..wak tak de hal. Cilok lah selagi larat. Wak halalkan..untuk diperdebatkan !

HARAKAH PUN KAKI CILOK.PAGI-PAGI BACA UTUSAN KEMUDIAN OLAH BALIK DAN MASUK HARAKAH.

Dalam banyak2 komenter kat blog TM tu, wak suka dengan komenter dari mamat ni, kira bertuahlah kerana wak publishkan komen dia di blog ABO..! wak tak kisah..!! katanya..eh bukan katanya tapi dia jerit sebenarnya..!

AbgTuah berkata...
PIRAHHHHHHHH..AL-BANJARI...

KAMI TIDAK PERNAH MEMBENCI PADA BEKAS MB NIZAR..YA MUNGKIN DIA BAIK SEMPURNA SESEMPURNA YG AL-BANJARI KATAKAN. SEGALA SIFAT DAN KEBOLEHAN BEKAS MB NIZAR NIZAR YANG AL-BANJARI HURAIKAN TELAH PUN SAYA KETAHUI DAN KAJI AWAL LAGI. TAPI KAMI HANYA BENCI BELIAU DAN PAS SANGGUP JADI BONEKA..

JANGAN AL-BANJARI HANYUT DALAM HAYALAN MENGAKU NEGERI PERAK TU KEPUNYAAN PAS..TELAH TERLUPAKAH BAHAWA PAS HANYA MEMPUNYAI 6 KERUSI ADUN.

KERANA SAYANGKAN JUTAAN MELAYU ISLAM MAKA APALAH SANGAT DENGAN SEORANG BEKAS MB YANG BERNAMA NIZAR. JADI APAKAH AL-BANJARI MENPUNYAI PEMIKIRAN YANG MENJANGKAUI SEJAUH JANGKAUAN SAYA.

Jika nak bagi wak jawab, mudah saja. Suruh saja si zambie tu BUBARkan DUN Perak dan kita lihat selepas ini apa yang akan berlaku, InsyaAllah susunan kerusi DUN akan berubah hingga tak terjangkau fikiran kita. Dan sepelas itu Nizar tidak lagi seperti yang kalian fitnah sebagai boneka. Antara boneka dan kudeta, jelik lagi kudeta..wakakakka !!

ITULAH MODAL PAS, BUBAR DEWAN. SAMA MACAM DAP TAHUN 1969 DI SELANGOR. KENA KES DI BUKIT LANJAN, KENAPA ENGGAN BUBAR, NIK AZIZ PUN LARANG BUBAR SEBAB MEMBAZIR WANG RAKYAT. ANWAR PUN TAKUT NAK BUBAR DUN BUKIT LANJAN.

Terima kasih juga kat mamat ni kerana mentonggongkan wak ! Wak tetap cool, kerana wak tahu siapa yang tonggong sebenarnya. Wak dapat 1 jari saja, dia dapat 4..wakakaka !!

BAGUS LAH KALAU SEDAR. PERBUATAN MENUDING JARI SUDAH MENJADI DARAH DAGING PAS, SETIAP KALI BERCAKAP BUKAN MAIN MUKADIMAH DIA. 10 MINIT LEPAS TU SERAM NAK DENGAR...TAKUT BERSUBAHAT SAMA..

Puji Nizar tak boleh, haram..boleh jatuh derhaka kepada sultan, puji Umno-BN takpa ! Dalam blog tu juga ada bilang PR akan kalah teruk dalam PRK di Bukit Gantang. Hebat betul ilmu 'mantik' depa ni boleh ramal awal-awal..wakakaka !! wak ambil artikel dari blog orang depa juga tentang peluang di Bukit Gantang, kita baca ramai-ramai..kat bawah !

SAYA TAK PERNAH JUMPA PULA BLOG UMNO KELASKAN NIZAR SEBAGAI HARAM. YANG HARAM DALAM BLOG PEMBANGKANG. ZAMRY MB HARAM...YANG TUU BANYAK. TAK KISAH LAH SIAPA MENANG ATAU SIAPA KALAH. KERJA TETAP KENA KERJA.

Kita akan menyaksikan tiga pilihan raya kecil (PRK), dua di Semenanjung dan satu di Sarawak, itu yang pasti, yang berkemungkinan menjadi pasti satu di Sabah manakala di Selangor belum pasti.

Yang menarik perhatian umum adalah PRK untuk mengisi kerusi Dewan Rakyat bagi Bukit Gantang di Perak dan kerusi DUN Bukit Selambau di Kedah. Kedua-duanya boleh memberi isyarat jelas sama ada rakyat menyokong BN atau PR. Yang nyata sekarang, perebutan untuk menjadi calon agak hangat di Bukit Selambau terutama di kalangan orang India Malaysia sedangkan majoriti pengundi adalah Melayu. Undi golongan minoriti (pengundi India) boleh menjadi penentu dengan syarat ia tidak berpecah kepada calon-calon bebas.

Di Bukit Gantang, jelas antara BN (UMNO) dan PR (PAS) walaupun akan wujud calon bebas tajaan pihak tertentu untuk "kacau daun".

Apa yang dapat saya katakan mengenai Bukit Gantang hanyalah satu, setakat ini, iaitu UMNO masih belum belajar daripada kesilapan lampau. Sebagai contoh, awal-awal lagi dah sebut atau membuat dakwaan kononnya sebilangan "ahli PAS" keluar parti untuk menyokong UMNO.

YA BETUL. INI TERMASUK PUAK-PUAK HINDU YANG DULU JADI KELAB PENYOKONG PAS, DEPA NI LALANG. DULU SOKONG PAKATAN SEBAB ANWAR SOKONG HINDRAF. LA NI SOKONG ZAMRY BALIK. PENDUDUK KG CHANGKAT IBOI TU MEMANG LAH KAWASAN PAS TOTOK. SELEPAS 50 TAHUN JADI AHLI PAS KERANA DIUGUT AKAN DIPULAU JIKA TAK SOKONG PAS , HARI INI TELAH MENGAMBIL LANGKAH BERANI DAN KELUAR DARI PAS. AKHIRNYA PROPAGANDA PAS MAKAN DIRI JUGA. APA TIDAKNYA. " SOKONG ISLAM DAPAT PAHALA, SOKONG KAFIR DAPAT DOSA DAN AKAN DIPERSOALKAN DI AKHIRAT' DULU KATA MACAM TU LAH. NIZAR DAPAT UNDI PUN GUNA ISU TU JUGA. TAPI BILA MENANG. DIA PUN SAMA SEMBAH SPEAKER HINDU JUGA. TAK DAK TELOQ BETUI LAHH

Taktik atau muslihat sedemikian sudah busuk dan tidak mudah dipercayai oleh rakyat. Kenapa pemimpin UMNO masih belum sedar? Saya pasti menjelang hari mengundi "berita" sedemikian akan disebarkan melalui media elektronik yang dikawal atau dikuasai oleh parti-parti tertentu.

Para pemimpin UMNO harus sedar bahawa berita-berita sedemikian bukan satu kelebihan kepada mereka untuk meraih sokongan rakyat. Soal keluar bulatan masuk barisan sudah basi, sudah tidak laku dan akan menikam diri sendiri. Carilah isu-isu lain yang begitu dekat dengan kehidupan seharian rakyat jika berhendakkan sokongan mereka.

MEMANG PUN. DALAM PRK BUKIT GANTANG INI ISU TEMPATAN MEMAINKAN PERANAN. KENA SEBUT 14 ORANG PAS DARI KPG INI ADLAH KONTRAKTOR KELAS 'F'. KAMPUNG TU PULA ADA 3 ORANG KONTRAKTOR PAS YANG DAPAT BUAT PROJEK DENGAN BUAT JALAN KAMPUNG PJK. ETC ETC.
NAK KONDEM UMNO PULAK CAKAP UMNO BUKIT GANTANG SEWA KEDAI DARI HAI-O 18 RIBU RINGGIT UNTUK KEMPEN PRK INI. MEMBAZIR DUIT RAKYAT. BUAT KEDAI DI PEKAN MATANG KHUSUS UNTUK UMNO. DLLL..

Satu lagi perkara yang perlu dimaklumkan kepada UMNO dan BN semasa berkempen sama ada di Bukit Gantang atau Bukit Selambau - jangan turunkan mantan orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan ketua angkatan muda PKR, Ezam Mohamad Nor. Dia bukan aset tetapi liabiliti. Dia memang pandai berpidato sama seperti mantan bosnya itu, tetapi isinya kosong dan tidak diterima rakyat. Rakyat dah muak dengan isu-isu yang dibangkitnya. Jika UMNO/BN nak kalah seperti yang dialami di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, turunkan Ezam untuk berkempen.

PAS KENA HALANG ANWAR DAN LIM KIT SIANG DARI TURUN KEMPEN DI P059....PENGUNDI KENA DITIPU SIKIT, WALAUPUN PIHAK ATASAN PAS BERSEKONGKOL DENGAN DAP (KARPAL LAKNAK DAN LIM DAJAL) PAS TAK BOLEH TONJOLKAN MEREKA. BUAT JUGA GARENTI BUNGKUS. PANDAI-PANDAI LAH WAK BOHONG SUNAT KAT PENGUNDI SETIA PAS BKT GANTANG. KALAU BAWA ELIZABETH LAGI BAGUS. PAS TU SURUH DIA TIDUR DI MANA-MANA PUNYA HOMESTAY KAT BKT GANTANG. SAH MALAM TU DINDING BILIK TIDUR ELIZ KENA TEBUK DENGAN GEREMIT OLEH BUDAK-BUDAK UNIT AMAL.

Satu lagi topik yang akan dijadikan isu oleh UMNO adalah soal "derhaka" kepada Raja. Tidak tahu pula sama ada pada zaman sarwajagat tanpa sempadan sekarang perkara itu boleh terus dijadikan isu. Jangan samakan dengan zaman Kesultanan Melaka. Apakah UMNO lupa akan tindak-tanduk ahlinya sendiri di Selangor, Perlis dan Terengganu terhadap Istana?

UMNO TAK DERHAKA. TAK ADA PUN MAHATHIR KATA "AMPUN TUANKU KU PATEK SEMBAH DERHAKA" KES 1991 TU LAIN EPISOD. JANGAN SAMAKAN DENGAN EPISOD NIZAR.

Buat masa kini, BN nampaknya menghadapi jalan yang agak sukar untuk menang di Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan soal pokok bagi UMNO, terutamanya, adalah calon yang benar-benar kena dan tepat untuk menawan Bukit Gantang, kubu kuat UMNO selama berpuluh-puluh tahun.

TAK APA LAH. BIARLAH PAS MENANG DENGAN MELETAKKAN CALON IMPORT, SEBAB BUKIT GANTANG MANA ADA AHLI PAS YANG LAYAK. ADA USTAZ SORANG TU PUN JADI MAKAN GAJI DENGAN KERAJAAN ZALIM. KESIAN DIA HARI-HARI BELI BERAS BAGI MAKAN ANAK BINI DENGAN DUIT HARAM. HARAM TETAP HARAM SEBAB KERJA DENGAN KERAJAAN HARAM DAN ZALIM.

Kita rakamkan ucap selamat kepada BN dan PR dalam mengharungi pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan seterusnya di mana-mana sahaja yang berkaitan.(source : newskini)

(*) TM(taipingmali), minggu depan wak berkampung di Bukit Gantang, sampai hari Undi, ada masa sudi-sudi la jumpa wak, bawak sekali siTuah tu, kita pekena teh tarik buih kat Simpang.