Khamis, 5 Februari 2009

Ikut Hukum, BN patut memerintah dari dulu lagi.

Kalau dilihat balik keputusan PRU 12 dahulu, Bn sepatutnya yang memerintah kerana Bn mempunyai 28 kerusi berbanding Dap 18 , Pas, 6 dan Pkr 7.

Bn yang mempunyai 28 kerusi memang diisytihar pemenang berbanding ketiga-tiga parti yang dinamakan Pakatan Rakyat. Tetapi keputusan telah dibuat dan Sultan perkenan akan gabungan selepas PRU 12. parti yang kecil telah dibenarkan untuk bergabung dan membentuk kerajaan. Bn akur dengan keputusan tersebut walaupun BN mempunyai kelebihan.

Dalam bidang sukan jika dikira Bn, Dap, Pkr dan Pas bertanding secara Round Robin atau Liga, maka Bn akan di isytiharkan sebagi Johan Kumpulan. Maka untuk masuk ke pusingan kedua ialah Johan Kumpulan dan jika tidak ada pertandingan lain maka Bn akan menerima Piala Kejohanan.

Ramai komentar dan pemanggil dalam perbincangan SITUASI POLITIK PERAK TV1 seolah tidak bersetuju dengan peralihan kuasa. Sah lah mereka sebagai pro pembangkang. Mereka masih tidak dapat menerima bahawa apa yang berlaku di perak adalah dari kesilapan parti politik pakatan rakyat sendiri.

Mereka tersilap dalam percaturan politik. Tindakan mereka terlalu rakus dan tergopoh gapah. Akibatnya merugikan diri sendiri.

Semasa Pembentukan Kerajaan Perak dahulu (2008) rakyat merelakan penubuhan parti berpakat dan bergabung menjadi kerajaan. tetapi bila pakatan sendiri merubuhkan pakatan maka mereka membantah.