Khamis, 5 Februari 2009

Siapa Ketua Pembangkang Perak Yang Baru

Kerajaan BN telah diisytiharkan sebagai kerajaan baru yang akan memerintah Perak sehingga PRU 13 . Itu ialah keputusan muktamad dari pihak Istana.

Menteri Besar Dato Seri Nizar selepas ini akan menjadi wakil rakyat biasa dan berada di barisan pembangkang. Persoalan timbul ialah adakah Pakatan Rakyat akan membenarkan Dato Seri Nizar menjadi Ketua Pembangkang.

Saya berpendapat Dap tidak akan berkompromi dengan Pas dalam soal ini dan sudah tentu Ngeh akan teramat marah dengan Pkr dan Pas yang gagal dalam percaturan berpolitik Perak. Ngeh akan mengenepikan suara pakatan dan beliau sendiri akan mengisytiharkan dirinya sebagai Ketua Pembangkang.

Selepas ini juga Dap secara otomatik juga akan mengisytiharkan diri bahawa Dap akan menarik diri dari Pakatan Rakyat. Beliau mempunyai alasan bahawa dengan menyertai Pakatan Rakyat ia tidak akan akan membawa keuntungan kepada partinya.

Sudah menjadi tabiat mereka jika ada yang berkuasa mereka akan himpit dan bila sesaorang individu itu hilang kuasa maka dia juga akan menjauhkan diri.