Sabtu, 21 Februari 2009

Jangan Pertikai Pembelian Volvo oleh Sabah.

Sabah dan Sarawak juga seperti Singapura adalah tiga buah negeri yang telah menyertai Menyertai Malaysia pada tahun 1963 semata-mata untuk mencapai kemerdekaan.

Singapore telah tidak setia dengan kerajaan kita dan akibatnya Singapore disingkirkan oleh Tunku. Sebaliknya Borneo Utara dan Sarawak terus menjadi sebahagian daripada Malaysia hingga hari ini dan beberapa syarat antara semenanjung dan Borneo telah ditandatangan dan beberapa perkara yang melibatkan kepentingan politik di Sabah dan Sarawak tidak boleh diganggu gugat oleh kerajaan persekutuan.

Oleh sebab itu kepada rakyat di semenanjung jangan cuba melaga-lagakan atau mengapi-apikan isu pembelian volvo. Sabah dan Sarawak mempunyai barisan kabinet sendiri yang dipanggil menteri, tidak seperti negeri di semenanjung yang hanya disebut exco.

Umno juga tidak boleh masuk ke Sabah dan Sarawak. Tetapi apabila Pairin Kitingan telah belot dan menikam belakang BN maka atas kehendak rakyat Sabah jugalah Umno telah dibawa masuk ke sana.

Kena faham bab tersebut. Sarawak juga ada akta-akta yang diperuntukkan khas untuk menjaga kepentingan penduduk peribumi yang tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak .

Sebab itu jika penduduk semenanjung yang ingin ke sana, pihak imegresen hanya membenarkan kita orang semenanjung berada di sana dalam tempoh 3 bulan sahaja.

Jabatan kerajaan juga tidak semua di kawal selia dari KL. Sebagai contoh JKR . di Sarawak ia mempunyai JKR sendiri dimana ia berada di bawah pentadbiran negeri dan bukan persekutuan.

Dengan itu Sabah atau Sarawak nak beli Roll Royce atau pun Maybach untuk kegunaan rasmi, tiada pihak yang boleh menghalang.

Baru-baru ini seorang ahli parti keadilan telah dilarang dari memasuki Sarawak. Ini bukan kes yang pertama. Sudah terdapat beberapa individu seperti wartawan yang namanya tak perlu di sebut disini telah diharamkan memasuki negeri tersebut.

Saya juga mengharapkan kerajaan Sarawak mengharamkan Anwar Ibrahim daripada menjejakkan kakinya ke bumi kenyalang tersebut. Anwar dilihat sejak PRU 12 sudah berani mengganggu- gugat ketenteraman negeri tersebut.

Di sini saya merayu kepada kerajaan negeri supaya mengharamkan Anwar dari memasuki Sarawak.