Karpal mahu suruhanjaya diraja ditubuh
KULIM 20 Feb. - Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat tindakan polis menembak mati enam lelaki India di Kampung Kemunting, Sungai Karangan dekat sini Isnin lalu.
Raja tak akan layan permintaan you lah...nak kaloo pergi India cari RAJAKAPUR..
Sambil mempersoalkan tindakan polis itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, kejadian tersebut menimbulkan pelbagai persoalan termasuk kepada ahli keluarga enam lelaki terbabit.
"Dalam kes-kes yang ekstrem sahaja polis boleh melakukan tindakan (menembak) itu. Ahli keluarga mereka percaya banyak persoalan yang timbul ekoran kejadian itu.
"Dalam hal ini, kita cadangkan supaya satu siasatan dalaman dilakukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini hari ini.
Karpal dan anaknya, Jagdeep Singh Deo hadir di ibu pejabat polis tersebut bersama ahli keluarga enam lelaki terbabit yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Hadir sama, Ahli Parlimen Padang Serai, M. Gobalakrishnan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer.
Kira-kira 200 penyokong parti pembangkang turut berada di pekarangan ibu pejabat polis tersebut bagi memberi sokongan kepada keluarga keenam-enam lelaki tersebut.