Selasa, 10 Februari 2009

Mari kita hentam NagaPerang (klik)

Nagaperang berkata..

membicarakan kezaliman BN atau PR adalah subjektif.
Sebagai contoh jika BN tidak mengiktiraf JKKK PR dan menubuhkan JKKKP adakah benar tindakan BN itu? KENAPA BN PERLU MENGIKTIRAF JKKK PR SEDANGKAN IA HANYA MEMBELA SATU PUAK SAJA. DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA JUGA HANYA AHLI PAKATAN SAJA YANG MENGUNDI. DAN LAGI KENAPA PAKATAN MESTI MENIRU IDEA BN DALAM MEWUJUDKAN JKKK. TIDAKKAH PAKATAN MEMPUNYAI IDEA LAGI. JKKK TU ADALAH TELAH DIASASKAN OLEH UMNO YANG ZALIM. MENIRU APA YANG UMNO BUAT BERERTI PAKATAN JUGA ZALIM.

Begitu juga bila PR mengarahkan dewan orang ramai yg dikawal individu tertentu diserah kepada PBT adakah tindakan PR itu zalim juga? SETENGAH DEWAN ORANG RAMAI DIBINA OLEH UMNO ATAS TANAH WAKAF ATAU TANAH INDIVIDU. MEREKA YANG MEMBINA DAN MENJAGANYA MAKA WAJARLAH PAKATAN TIDAK MERAMPAS SEBALIKNYA MEMBINA SENDIRI YANG BARU, INI JELAS MENUNJUKAN PAKATAN IRIHATI DAN INGIN MENGUASAI SERBA SERBI KEJAYAAN UMNO SEBELUM INI.

Sebenarnya jika BN benar2 ikhlas dan tiada dikriminasi, saya percaya ia akan mentadbir lebih lama lg. Namun sayang kerana rasuah, penyelewangan kuasa dan ketamakan telah menjejaskan imej mereka sendiri. KALAU KERAJAAN BARISAN NASIONAL ZALIM, HANYA ORANG UMNO DAN BN SAJALAH YANG BOLEH MENDAPAT RAWATAN HOSPITAL SECARA PERCUMA, KALAU BAYAR PUN SEDIKIT SAHAJA IAITU RM1.00 DAN RM5.00. SEKOLAH DAN UNIVERSITI JUGA DIBUKA HANYA UNTUK AHLI UMNO, KONTRAKTOR BINAAN PUN HANYA UNTUK ORANG UMNO SAHAJA. ORANG PAS DAN PEMBANGKANG TAK DAPAT APA-APA. ITU BARU ZALIM. HARI INI SEMUA KAUM TANPA MENGIRA PARTI MENDAPAT SEGALA KEISTIMEWAAN.

p/s: adakah huru hara ini sengaja ditimbulkan utk menutupi kegagalan segelintir individu mengawal ekonomi negara? Pikir2kan lah dan renung2kan lah. YA BETUL. HURU HARA SENGAJA DITIMBULKAN OLEH PAKATAN RAKYAT UNTUK MENARIK SIMPATI RAKYAT.



dan mereka yg berjaya jd peguam, jurutera, profesor dan golongan profesional tu selepas penyata Razak belajar matematik dan sains dlm inggeris ke? DAHULU MEREKA YANG BERJAYA IALAH MEREKA RAJIN MENGUASAI BAHASA INGGERIS WALAUPUN MEREKA DARI ALIRAN MELAYU. MANAKALA DARI ALIRAN INGGERIS TIDAK ADA SEBARANG MASALAH. HARI INI PPSMI ADALAH SATU JALAN PINTAS UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES PEMBELAJARAN, BUKU-BUKU ILMIAH DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI ADALAH DALAM BAHASA INGGERIS. SATU ANJAKAN PARADIGMA TELAH DILAKUKAN OLEH KERAJAAN BERDASARKAN MAKLUMBALAS KESUSAHAN PELAJAR ALIRAN MELAYU YANG MENUNTUT DI PERINGKAT TINGGI. DAN UNTUK MENJADI PEGUAM SESEORANG ITU MESTILAH BAIK KEPUTUSAN DALAM BAHASA INGGERIS DAN SEJARAH. NAGA TERKELUAR DARI SYARAT KELAYAKAN.

kalo benar kenapa jawatan KP DBP x terisi? Kalo benar hudud PAS tu salah gimana hudud yg sebenar?

BAB KETUA PENGARAH DBP ITU SAYA TIDAK BOLEH BAGI KOMEN. AMBOI SEJAK DBP MEMBANTAH PPSSMI NAMPAKNYA PUAK-PUAK PEMBANGKANG TELAH MENJADIKAN DBP SEBAGAI SATU SUBJEK.

HUDUD? UMNO TIDAK INGIN MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD, SEBAB HUKUM HANYALAH SEBAHAGIAN DARI PERUNDANGAN ISLAM DALAM BAB JENAYAH, BANYAK LAGI BAB-BAB LAIN YANG LEBIH SIKNIFIKAN UNTUK DILAKSANAKAN OLEH UMNO DALAM MENJALANKAN URUSAN PENTADBIRAN DARI SUDUT ISLAM. PAS SENDIR GAGAL DALAM UJIAN HUDUD APABILA MAT SABU DITANGKAP DALAM KES KHALWAT.

kalo arak dan judi itu haram dimana penguatkuasaannya? Setakat alasan lari cukai jelah.

HARAM UNTUK DIMINUM OLEH ORANG ISLAM DAN HALAL UNTUK BUKAN ISLAM, SEBAB ITU KERAJAAN BERSIKAP ADIL DENGAN MEMBENARKAN PEMBINAAN KILANG DAN IMPORT ARAK, DAN KERAJAAN MEMPEROLEHI CUKAI UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA, BAB ARAK DI SELANGOR PULA, KENAPA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT GAGAL MENUTUP KILANG ARAK DI SHAH ALAM SEDANGKAN IA MENJADI AGENDA UTAMA KEMPEN PAS UNTUK MENGAMBIL ALIH SELANGOR, TETAPI HARI INI KILANG ARAK TIDAK DITUTUP,KEDAI-KEDAI ARAK SEMAKIN BERTAMBAH DALAM PEMERINTAHAN PAKATAN, NYATALAH IA ADALAH RETORIK PAKATAN SAHAJA.

tanah diberi pada orang Melayu kemudian ambil balik beri pada tokey2 besar. Kalo benar nak tlg melayu kenapa Kg. Baru KL sibuk nak diganggu gugat dgn alasan pembangunan? Kalo berani bagi juga 999 kpd kami di KL ni. KAMPUNG BARU KL ADALAH SATU-SATUNYA TANAH RESAB MELAYU YANG RENDAH HARGANYA. SETENGAH PEMILIK INGIN MEMBANGUNKAN KAMPUNG TERSEBUT DAN SETENGAHNYA PULA TIDAK BERMINAT. AKAN TETAPI SEBAHAGIAN BESAR PENDUDUK KAMPUNG BARU BERADA DI TAHAP RENDAH DARI SEGI EKONOMINYA SEBAB ITU LAH KPG BARU DILIHAT SEBAGAI MENYAKITKAN MATA, RUMAH TIDAK CANTIK DAN TIDAK DIJAGA DARI SUDUT LANDSKAPNYA. ANDA JUGA RUMAH2 YANG CANTIK TETAPI RUMAH BURUK DAN TIDAK TERURUS JUGA BANYAK . MINDA MASYARAKAT JUGA TIDAK SEMUA YANG INGINKAN KECANTIKAN, UNTUK DIJADIKAN DESTINASI PELANCONG JUGA TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN KERANA ADA YANG BURUK-BURUK. SAYA YANG SELALU KE KG BARU JUGA KADANGKALA INGIN MENGUBAH KG BARU MENJADI SEPERTI TAMAN TUN DR ISMAIL ATAU TAMAN HILL VIEW AMPANG ATAU KEMENSAH HIGHT.. MAMPUKAN PENDUDUK KG BARU MENGUBAH DAN MEMBANGUNKAN KAMPUNG TERSEBUT SETANDING DENGAN YANG DISEBUT DI ATAS? JAWABNYA BOLEH DAN EKONOMI ORANG MELAYU DISANA PERLU DI PERTINGKATKAN, LEBIH BANYAK RUMAH BURUK DIGANTIKAN DENGAN BANGALOW BATU .

MRSM hanya utk melayu atau bumiputera? kenapa mesti bukak 10% kuota kaum bukan bumiputera yg lain? kalo kerajaan sekat pendidikan takkan dapat si Hishamuddin tu berucap di PBB-UNESCO

10% WAJAR DI BUKA KEPADA BANGSA LAIN KHUSUSNYA BANGSA CINA AGAR IA MENWUJUDKAN SATU CABARAN KEPADA BUDAK-BUDAK MALAYU. KITA AKUI BUDAK CINA LEBIH RAJIN BELAJAR DARI BUDAK MELAYU, DAN JIKA ADA 10% IA AKAN MENJADI CERMIN DIRI KEPADA MELAYU. SAYA JUGA SELALU DIPANGGIL UNTUK MENJADI PENAL PENEMU DUGA UNTUK PENGAMBILAN TENAGA KERJA BARU . JIKA 2 CINA YANG HADIR UNTUK TEMUDUGA MARKAH AKADEMIK MEREKA BOLEH MENGATASI 100 ORANG MELAYU. MEMBAWA CINA YANG BIJAK KE MRSM ADALAH PERKONGSIAN BIJAK.. DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH JUGA SAMA JIKA 10% PELAJAR CINA MAKA DARI SUDUT PENCAPAIAN AKADEMIK MEREKA BERJAYA MENGATASI 90% PENCAPAIAN PELAJAR MELAYU.

Kalo rakyat kebulur takkan kaya depa semua. Kenapa benarkan tahap kelulusan yg rendah atau penurunan markah lulus dibenarkan masuk universiti? kemudian bila ranking IPTA kita jatuh salahkan mahasiswa.

ITULAH CARA UNTUK MEMBANTU KAUM MELAYU MASUK UNIVERSITI, KERAJAAN MENYATAKAN PELAJAR DARI KAMPUNG YANG MENDAPAT 3A UPSR ADALAH SAMA DENGAN PELAJAR BANDAR YANG DAPAT 5A. MEREKA DIKAMPUNG BELAJAR DALAM SERBA KEPAYAHAN. WAJARLAH KERAJAAN MELONGGARKAN SYARAT KEMASUKAN MEREKA KE UNIVERSITI. DENGAN HARAPAN MEREKA AKAN BERUBAH, TETAPI RAMAI ANAK MELAYU YANG MASUK UNVERSITI MENGALAMI KEJUTAN BUDAYA, LUPA DIRI LUPA ASAL USUL. LUPA BERTERIMA KASIH. APAKAH KITA MENGEJAR RATING DUNIA? KALAU BEGITU BIAR SEMUA PELAJAR ADALAH KAUM CINA YANG BIJAK. SUDAH TENTU RATING NAIK. TAPI APA AKAN TERJADI DENGAN ANAK MALAYU ?

BN ka UMNO? kalo PR ada jugak ramai Melayu dan bumiputera Islam tp BN dimana?
kalo UMNO kuat kenapa Sarawak takda UMNO? INI LAH YANG DIKATAKAN ANDA LEMAH SEJARAH DAN LEMAH TENTANG HAL EHWAL NEGARA. ITUPUN TERINGIN NAK JADI BLOGGER POLITIK. UMNO ADA JUGA BUKAN ISLAM. TERUATAMA DI SABAH. KITA DI MALAYSIA NI MAJMUK MASYARAKATNYA, UMNO TELAH LAMA DITUBUHAN. PAKATAN TU BARU SAJA , ITU PUN DIPENUHI OLEH INDIA YANG MENYOKONG FREEMASON ANWAR. ADA TAHU GERAKAN FREEMASON ATAU MASONIC?

ANDA TAHU SEJARAH KEMASUKAN UMNO KE SABAH? ANDA JUGA SEPATUTNYA MENGKAJI KENAPA UMNO ADA DI SABAH DAN TIDAK DI SARAWAK?

p/s: aku tak parti mana2 tp kritis kepada sesuatu alasan yg statik.

kenapa melayu kita tak sama survival skill dgn melayu di nusantara ini?

jawapannya; Kita dalam zon selesa. Ketegasan kita dibentuk bukan terbentuk dgn sendirinya. ANDA BELUM MENCAPAI TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS. PERLU LEBIH BANYAK BELAJAR.