Kegairahan Pakatan Rakyat yang mahukan pengundian semula DUN Changkat Jering sudah dimakbulkan oleh Tuhan yang maha berkuasa, mereka minta satu kerusi sahaja tetapi semua DUN terpaksa sekali lagi keluar mengundi. Dun yang terlibat ialah Changkat Jering, Sepetang dan Trong. Cuma ia bukan untuk menggantikan Dun yang dipertikaikan oleh Pakatan cuma disebabkan oleh kematian Ahli Parlimen Pas , itu saja. Dun Changkat Jering kekal.
Manakala pegawai pilihanraya yang lama akan kembali bertugas untuk mengendalikan pilihan raya kecil ini. Sudah tentu Kawasan Taiping dan Bukit Gantang akan menjadi tumpuan ramai seperti yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Harapan saya supaya pemilihan dapat diadakan secara sihat, parti Pas yang bertunjangkan Islam hendaklah menjauhkan diri dari sifat-sifat keji seperti yang ditunjukkan dan didedahkan sebelum ini. Jauhi dari mencaci dan menfitnah. Kalau Anwar nak menfitnah biarkan lah Pas jangan ikut.