Satu cerita orang Pas Perak ialah Tuanku Raja Azlan telah dipengaruhi oleh Umno dan Raja Nazrin cuba pertahankan Pas dan Nizar tetapi tidak dipersetujui oleh Tuanku.
Cerita kedua ialah Nizar bukan tak mahu keluar dari rumah rasmi bukan kerana mempertahankan rumah tersebut tetapi kerana beliau belum mendapat rumah sewa. Nizar bukan ada rumah sendiri di Ipoh macam orang Umno. dia pun macam NikAzizi di Kelantan, tak ada rumah besar , tak ada banggalow mewah macam UMNO.
Pelik dan hairan seorang bekas kakitangan kerajaan yang sudah berusia 50 tahun tidak mempunyai rumah. Orang lain yang cokia dan rendah jawatan pun mampu membeli sebuah rumah bawah 50 ribu ringgit.
Kalau benar Nizar tiada rumah jelas menunjukkan hidup dia tak ada strategi. Kemungkinan juga dia menjadi ahli Pas pun kerana terpengaruh oleh rakan-rakan Pas yang ingin menggunakan darjat dan pangkat dia sebagai seorang Jurutera. Hari ini Pas gemar memancing orang bijak pandai untuk bersama mereka. Artis, pelumba motosikal dan tak lama lagi penari bogel dari Siam atau penari gelek dari Arab pun dipelawa menjadi ahli Pas.
Padahal Nizar ingin mempertahankan jawatan dan rumahnya hingga ketitisan darah terakhir. Ini adalah saranan Anwar dan Ngeh. Cukuplah Nizar, sudah lah, berdiri lah atas kaki sendiri, jangan biarkan diri anda dicucuk hidung oleh orang lain yang mempunyai kepentingan peribadi.
Masih ada ruang dan pintu taubat buat Nizar. Berjumpalah dengan Tuanku dan mohon maaf atas kesilapan yang telah anda lakukan, Kita manusia yang lemah , tidak lari dari membuat kesilapan.
p/s Semalam juga semasa pulang dari KL sempat juga saya meninjau suasana di rumah rasmi yang Nizar pertahankan. Tidak ada lagi penyokong Pas yang memenuhi rumah tersebut, hanya yang kelihatan ialah beberapa orang kaki pukul Pas yang memakai baju merah berkawal di pondok kawalan. Untuk berapa lama? lama-lama malu sendiri lah, begitu juga dengan exco yang bertugas dari rumah tersebut, untuk berapa hari mereka mampu bertahan...
Seperkara lagi ialah kata Nizar " beliau adalah MB pilihan rakyat" Betul ker....yang orang tahu ialah rakyat hanya memilih dia menjadi wakil rakyat dan sultan yang sebenarnya melantik dia menjadi MB.