Selasa, 10 Februari 2009

UMNO Perak di terajui oleh orang muda

Puak pembangkang dengan lantang telah menyatakan Umno adalah parti lapuk yang ketinggalan zaman. Parti umno akan berkubur dan akan ditalkinkan tidak lama lagi. Nah!! hari ini mereka tersilap banyak. Sudahnya pakatan mereka yang diagung-agungkan hampir musnah dan menyembah tanah. Tu lah orang tua-tua dah berpesan jangan sombong dan bongkak. Jangan takbur.

Umno berwajah baru.

Hari ini Umno Perak telah bangun sejak pemilihan Umno Bahagian bermula akhir tahun lalu dan kita telah mendapat muka-muka baru yang penuh iltizam untuk membangunkan negara, agama dan bangsa.

Hari ini wajah-wajah muda yang akan menjadi pemimpin dan peneraju telah diterjemahkan dalam majlis angkat sumpah yang penuh gilang gemilang walaupun dipulaukan oleh barisan pakatan.

Taipingmali amat berbangsa kerana wakil rakyat DUN Kamunting yang hampir kalah dalam PRU 12 telah dilantik menjadi anggota Exco. Barisan exco kali ini adalah mantap dan kuat. berpelajaran tinggi dan boleh diketengahkan dipersada politik antarabangsa. Insyaallah mereka satu hari ini mampu menjadi menteri kabinet yang berwibawa.

Selepas ini kesemua exco-exco akan kembali ke kawasan masing-masing dan akan disambut sebagai wira yang berjaya dan menang dalam peperangan. Kepada 3 adun yang meninggalkan pakatan rakyat juga ucapan tahniah. Tanpa anda BN tidak mampu kembali berkuasa, Jasa mu amat dihargai dan akan tercatat dalam naskah sejarah negara.