Rabu, 11 Februari 2009

Puak Pembangkang masih dengan cara lama.

BN selalu dimomokan oleh puak pembangkang kononnya Umno dan Barisan Nasional kuno dan enggan berubah. Masih primitif dengan agenda lama dan tidak berkembang maju. Berbagai-bagai andaian telah didengar.

Hari ini saya ini mendedahkan sedikit sahaja mengenai apa yang pembangkang lakukan hari ini adalah agenda lama yang diulang cetak.

Al-kisah ialah puak pembangkang pernah mendesak diadakan pilihanraya semula. Mereka tidak berpuas hati kerana kalah tipis dalam PRU dan memberontak agar PRU dibuat semula. Ini lah sifat pembangkang yang tidak boleh menerima kekalahan.

Masih menjadi persoalan, bila, bagaimana, mana, kenapa, apa terjadi dan parti mana? Sabar adik-adik dan anak-anak ku. kepada golongan seusia dengan ku mungkin sudah tahu jawapannya.

Ok, pernah dengar kisah rusuhan di Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai peristiwa 13 Mei?

Kisah bermula kerana satu pihak parti politik telah terkejut beruk kerana partinya mencapai kemenangan besar yang tidak diduga dan tidak disangka, dan di parlimen pula Perikatan kalah teruk dan kehilangan 2/3 majoriti. Perikatan juga ketika itu hilang kuasa di peringkat kerajaan negeri. Kelantan kalah kepada Pas tetapi berjaya merampas semula Terengganu. Pulau Pinang jatuh juga kalah kepada pembangkang(Siapa yang menang? Dap? bukan) dan yang penting dan kritikal ialah apabila pembangkang hanya kalah 1 kerusi sahaja kepada Perikatan. Negeri mana? tak lain dan tak bukan ialah Selangor Darul Ehsan.

Perikatan dibawah pimpinan Datok Harun Idris hanya 14 kerusi ( Umno 12, Mca 1 dan Mic 1) berbanding pembangkang dibawah Tan Chee Koon 13 kerusi( Dap9 dan Gerakan 4)

Pada ketika itu timbul rasa tidak puas hati kepada pembangkang dan mereka mendesak supaya pilihanraya di adakan semula. ( Sama kes dengan Perak hari ini , Bila hilang majoriti di DUN mereka mendesak diadakan semuala pilihan raya, cuma kali ini Dap tidak keseorangan, mereka di sokong oleh Pas dan Pkr.)

Rasa tidak puas hati dan ejek mengejek, hinaan kepada orang Melayu telah menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei. Saya tidak mahu mengulas panjang peristiwa 13 Mei 1969. Cukuplah setakat ini.