Masjid Kampung Expo dahulunya merupakan sebuah surau yang telah diusahakan oleh beberapa orang jemaah veteran Umno yang mula bermastautin di Kampung tersebut pada tahun 80an.
Oleh kerana pertambahan penduduk kampung semakin meningkat maka jawatankuasa telah memohon kepada Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak untuk dinaik taraf menjadi Surau Diri Jumaat. Permohonan diluluskan dan Surau yang kecil itu telah dibesarkan sedikit dengan menambah serambinya di sisi dan belakang. Ia masih tidak dapat menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat. Maka ditambah pula bumbung khemah dan di simen lantainya.
Surau semakin besar dan kutipan derma Jumaat semakin meningkat. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan. Harta milik surau semakin banyak dibeli untuk keperluan penduduk untuk majlis kenduri dan kematian. AJK juga telah menubuhkan tabung khairat kematian.
Oleh kerana surau ini semakin penting, maka Pas Perak khususnya Pas Taiping telah melihat surau ini berpotensi untuk dijadikan kubu atau pangkalan mereka untuk menguasai politik penduduk kampung tersebut dan kampung-kampung berdekatan atau lebih tepat sekali ialah DUN Kamunting.
Maka melalui ahli jemaah yang dikenal pasti sebagai ahli Pas, maka bermulakan agenda mereka untuk merampas dan menguasai surau tersebut.
Mereka mula mengkritik pentadbiran jawatankuasa surau kononnya lemah, kurang aktiviti dan tidak proaktif dan seperti biasalah propaganda mereka dalam politik. Akhirnya mereka berjaya mendesak agar satu pemilihan jawatankuasa baru diadakan. Ahli jawatan kuasa yang lama sudah banyak kali berganti kerana kematian ajk lama. Akhirnya pada satu petang selepas solat Jumaat diadakanlah mesyuarat agung yang sangat-sangat dinantikan oleh mereka. Tanpa banyak masalah 100 peratus Pas telah mengambil alih jawatankuasa surau tersebut. ini berlaku dalam tahun awal 2000.
Bermulalah agenda Pas dan surau yang aman dapat telah berubah wajah. Cat hijau menggantikan cat asal. Penceramah Pas silih berganti menyebarkan doktrin mereka dari subuh hingga ke maghrib. Khutbah Jumaat, khutbah aidil fitri dan aidil adha dipenuhi caci maki yang melampau-lampau oleh mereka. Solat terwawih yang telah ditukar format menjadi lapan rakaat dan diselitkan tazkirah selepas empat rakaat. Ajk yang lama diherdik dan dihalau dari menunaikan solat di surau tersebut.
Episod tidak berakhir di situ apabila kerajaan ingin membina sebuah masjid baru yang kosnya melebihi lebih 1 juta ringgit.