1 Ulasan - Sembunyikan Catatan Asal
Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.[Photo]Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai.Mereka berkumpul hari ini sebagai membantah kerana Uthayakumar - yang menghidap kencing manis - tidak diberi rawatan perubatan sewajarnya.
Beberapa anak jari kaki kiri Uthayakumar mengalami kecederaan pada 31 Januari lalu ketika berada di Kem Tahanan Kamunting.
Pada 20 Februari lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, jika keadaan itu berterusan, 'beratus-ratus" laporan polis akan dibuat terhadap pihak berkuasa hari ini.[Photo]Menurut ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, 17 orang ditahan termasuk ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan penyelaras badan pemantau polis dan jawatankuasa hak asasi manusia, S Jayathas.Gobind Deo berada di balai polis untuk memberi sokongan kepada mereka.
Gobind mempersoalkan tindakan polis yang didakwanya berbeza 'standard' dalam mengawal keadaan.
[Photo]"Saya tidak faham, setiap kali masyarakat India buat laporan polis, kena tangkap. Hantar memorandum dan bawa bunga pun kena tangkap, kenapa?" katanya.
Beliau sebaliknya mempersoalkan tindakan Pemuda Umno menyerang dua ahli Parlimen termasuk bapanya, Karpal Singh, tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap mereka.
sumber malaysiakini
- TAIPINGMALI berkata...
yer ker, Kesian yer,,,,nak buat report pun kena sembur air.
ish ish zalim sungguh polis la ni....tak ada hati perut. tak ada perasaan.
tak ada belas kasihan. memang zalimmm
tapii....kenapa jadi macam tu....