Jumaat, 13 Februari 2009

Pas tak ada T........bila Karpal hina DYMM Sultan Perak

Malaysia sebuah negara yang berdaulat. Sebagai sebuah negara berdaulat negara mempunyai perundangan dan perlembagaan. Negara juga mempunyai Rukun Negara, dalam Islam juga tidak lari daripada mempunyai rukunnya iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman.

Berbalik kepada Rukunnegara. Lima prinsip rukun negara telah mula dilaksanakan sejak kejadian 13 Mei 1969. Tahun 1971 Rukunegara telah mula mengambil tempat dalam jiwa rakyat. Hari ini lima prinsip tersebut telah diabaikan terutama sekali kepada puak-puak pembangkang.

Bukan saja 5 prinsip Rukun negara yang mereka ingkari malah dua rukun lagi iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman juga mereka langgar.

Tindak tanduk mereka akhir-akhir ini jelas memalukan dunia dan diri mereka sendiri. Tak tahulah mazhab apa yang mereka pakai dan mereka pegang.

Lihat! Apabila si Karpal menghina Sultan Perak apa tindakan mereka. Mereka terus lupa diri , lupa dunia , hilang ingatan dan menzahirkan tindakan bodoh dan jumud mereka di sekitar Masjid Ubbudiah Kuala Kangsar.