Jumaat, 13 Februari 2009

Ngeh Calon Pakatan Ruyub di Bkt Gantang.

Ngeh , Ketua DAP Perak akan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang , mewakili Pakatan Rakyat. Berdasarkan logik. Pas tidak boleh membantah calon Dap ini kerana Pas telah bersetuju secara dasar akan matlamat dan perjuangan parti Dap untuk menumbangkan kerajaan zalim BN.

Sebagai balasan atas kesudian Ngeh mengizinkan Nizar menjadi Menteri Besar Perak maka Pas juga merelakan Dap mengambil tempat mereka untuk kerusi panas Bukit Gantang.

Pas tidak ada alasan lain selain dari memberi sokongan sepenuhnya kepada calon tersebut. Bagaimanapun sama-samalah kita tunggu pada 29 Mac 2009. Adakah telahan ini akan menjadi kenyataan. Hidup Dap, Hidup Pas. Mati Dap, Mati Pas.