Jumaat, 13 Februari 2009

BPN dikutuk lagi

Tanpa Nama berkata...

padan la UMNO bermaharajalela. Orang macam hangpa ni la yang jadi kuda tunggangan. Elok la tu. Baguih.. baguih.. teruskan..

Rasuah dikata politik wang (kononnya manja sikit bunyinya tu). HARAM tetap HARAM beb. Tapi tu la.. hangpa ni, hujah guna akai tak jalan sebab dungu takmau guna akai.

Tulih panjang pun tak guna. Moga Allah SWT bagi hidayah kat kita semua, amin...

OrangTepen

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Komentar ini menuduh BPN menjadi kuda tunggangan UMNO. Ayat utama di atas dirujuk. Tak mengapalah. Kami BPN tidak diupah atau dibayar oleh sesiapa, kami menulis bersandarkan akal kami untuk menentang puak-puak ortodok jahiliiah dari puak balik sana yang selama ini sudah banyak dosanya dengan mengkritik atau lebih tepat lagi menghina dan mengutuk ulul amri yang kami hormati.

Kami pengundi yang bebas pemikirannya merasakan sudah tiba waktunya kami menggunakan apa yang ada untuk menjadi bloggers dan menidakkan atau menafikan blog-blog pembangkang yang terlalu banyak menguasai ruang cyber ini.

Harakah dan Suara Keadilan menjadi suara atau lidah rasmi pembangkang untuk menabur fitnah , menyebarkan pembohongan dan menyimpang siurkan pemikiran penyokong mereka, tak cukup dengan itu mereka sanggup melanggar akta pengedaran dengan menjualnya di tempat awam, walaupun jelas tertulis untuk pengedaran ahli sahaja.

Penulis ini juga telah menyamakan rasuah dan politik wang. Kalau dinilai begitu parti Pas lebih rasuah dan lebih kepada politik wang. Setiap kali diadakan ceramah mereka mengutip wang dari orang ramai yang hadir dengan alasan derma jihad, bijak menghalalkan cara, begitu juga dengan wang zakat fitrah yang mereka kutip, bukan untuk membantu fakir miskin sebaliknya digunakan untuk jentera pilihanraya parti dan selebihnya hilang begitu saja.

Sesekali muncul mercedes E420 menjalar di jalan-jalan raya tetapi tidak di kawasan sendiri. takut pekung pecah. Kita kenal siapa di dalam kereta tu..tak lain tak bukan pemimpin-peminpin politik pas..dari mana datang sumber kewangan untuk membeli dan menanggung kos kereta termahal tersebut, sedangkan mereka hanya memerintah sebuah negeri yang miskin lagi mundur. Siapa lebih politik wang? sudah tentu puak-puak balik sana.

Begitu juga ketua pemimpin umum mereka, wang yang banyak melimpah ruah. dari mana sumber kewangannya?