Sejak setahun lebih kita biasa melihat pelekat SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT . Walaupun jarang-jarang kita temui kereta yang mempunyai pelekat ini , tetapi sesekali terjumpa ia mencuit hati dan fikiran juga. Hari ini saya melihat sebuah Perodua Viva membawa pelekat tersebut, dan pemandu tersebut adalah lelaki melayu dalam lingkungan awal 30an. Mempunyai tag nama di bajunya dan bolehlah dianggap sebagai kakitangan kerajaan dari segi inferent yang boleh dibuat.
Pelekat tersebut tidak mempunyai sebarang logo yang membolehkan kita mengenal siapa yang menghasilkannya, cuma andaian sahaja boleh diterjemahkan di sini. Dari pemerhatian pemilik kereta yang mempunyai pelekat terbebut mereka ialah dari penyokong parti Pas.
Apakah signifikennya meletak pelekat tersebut? Tak ada apa pun, hanya untuk bermegah dan sogokan minda secara halus dan terancang untuk menarik orang ramai menjadi dan menyokong parti politik sekular moden tersebut. Ia lebih berunsur menipu , sama kelas dengan iklan-iklan atau flyer yang mengajak kita menyertai saham haram yang menjanjikan pulangan yang tinggi berlandaskan hukum syarie.
Apa pula komen pembaca? silakan..