Ahad, 1 Februari 2009

Puak Pembangkang kalau sakit pergi klinik kerajaan juga.

Baru-baru aku ke sebuah klinik kerajaan untuk rawatan sebagai pesakit luar. Selepas mendaftar aku terpaksa menunggu sejam lebih untuk bertemu dengan pegawai perubatan.

Dalam menjadi penyu menahan kesakitan aku melihat beberapa kelompok manusia dalam pelbagai ragam dan karektor.

Ramai golongan tua lah pada hari itu dan tak kurang juga kanak-kanak yang menangis kerana menahan sakit.

Yang berlainan bangsa pula mengunakan bahasa melayu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Nyonya berbual dengan Nenek India., Nenek Punjabi bersembang dengan Nenek Melayu. Penuh rasa mesra dan muhibbah.

Satu kelompok lagi ialah puak ketayap putih yang asyik berbual pasal politik , sah dari gaya dan cerita mereka ialah orang bulan. Kalau dari segi logiknya mereka ni tak payah lah susah-susah menunggu berjam-jam di klinik tersebut. elok lah mereka pergi klinik swasta.

Sebab apa? sebab klinik tu kerajaan yang punya. tak elok, kerajaan rasuah, makan duit haram. Macam Mat Put kata "haram sekupang pun aku tak mau bagi duit kat depa, baik aku masuk jail"

Sat lagi ada yang komen aku, "duit kerajaan tu , duit rakyat lah" lantak lah bila pasai duit kerajaan bagi semua halal. bila ceramah semua haram. HARAM JADAH SUNGGUH.....