Rabu, 4 Februari 2009

SERUAN SEMANGAT UNTUK BLOGGER BPN

Tanpa Nama berkata...

Blogger blogger dari Perak semua Bangkitlah..berikan sokongan dan keyakinan dan sama samalah kita berjuang mengembalikan semula Perak ke tangan BN/UMNO. Janganlah kita berpura-pura baik dihadapan mengkhianati dibelakang. Bersatulah kembali wahai orang Melayu Perak...Jadikan kesilapan Pakatan sebagai titik permulaan dan kesedaran kepada kita semua rakyat jelata agar kedaulatan bangsa tidak tidak salah gunakan...This is Sultan and Anakanda Sultan best gifts ever. Allah sentiasa memberi petunjuk serta balasan yang setimpalnya kepada mereka yang mulut celupar, suka memfitnah, buruk sangka ...Perak Bangkit Perak Bersatu...

==========================================================================
Kepada semua blogger dan khusus untuk ahli BPN

Bermula dari sekarang kita hendaklah menyerang semua blog-blog pro pakatan dengan memberi ulasan yang bernas untuk menafikan hujah-hujah penulisan mereka dan pada masa yang sama juga kita hendaklah menjadi pengikut blog mereka, dan seandainya mereka menolak kita dari menjadi pengikut mereka atau memadamkan ulasan-ulasan mereka pun kita biarkan. yang penting kita tetap akan masuk dan mengulas atau memberi komen.

Biar mereka mereka memaki hamun kita dengan perkataan bodoh, teruk, dajal atau apa jua bahasa kepada kita kerana orang yang kalah berhujah akan menyerang peribadi.. Baru-baru ini saya di serang oleh seorang ahli Umno kononnya dengan mengaitkan pendidikan saya dan mengaitkan motor saya.. tak perlu menyerang begitu kerana ia menunjukkan mereka sudah hilang modal untuk berhujah atau kata lain kebankrapan minda.

Satu perkara lagi ialah kita blogger hendaklah mencari seberapa banyak pengikut muda dengan menjadi pengikut mereka juga, itu lah cara yang terbaik untuk membina insan membina minda generasi baru yang begitu berminat dengan dunia blog.