Apa yang dapat diusahakan selama ini oleh Anwar untuk menumbangkan kerajaan Bn ternyata gagal 200%. Hasrat untuk merampas dan mengambil alih kerajaan melalui peristiwa 916 juga gagal.
Kini 2009 Anwar kalah lagi dalam perjuangan sia-sianya. Skandal demi skandal pakatan rakyat terdedah dengan sendiri. "Kain dah terlondeh" seperti lirik lagu oleh mawar berduri.
BN dilihat kembali bernafas semula setelah direjam teruk oleh pakatan rakyat dalam PRU 12 tahun 2008. Pengundi yang memberi undi kepada Pakatan Rakyat mengakui mereka tersilap dalam membuat undian. "Ingat nak mengurangkan majoriti Bn sahaja tetapi percaturan mereka tersilap. BN kalah teruk di 5 negeri. Nasib baik Dewan Rakyat tidak jatuh ke tangan pembangkang" itu kata salah seorang rakyat Malaysia yang saya pernah temui.
Hari ini rakyat menyaksikan sendiri bagaimana rupa bentuk dan cara pemerintahan pembangkang di 5 negeri. Ganas, merompak harta milik rakyat, merampas kunci dewan dan menutup tabika, lagak mereka sama seperti Pas sewaktu memerintah Terengganu. Peristiwa protes di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar merupakan tindakan paling biadab dalam abad ini. Rakyat terus membenci Anwar dan PR
Strategi Anwar terkini ialah menyerang jabatan kerajaan, Polis lemah, BPR lemah, Kehakiman lemah, hospital lemah, dan penyokongnya akan percaya dan dia akan kata semua disebabkan oleh Najib yang lemah dan korup. Sekali lagi dia akan mencatatkan tarikh baru untuk merampas Putrajaya. mungkin 090909 tarikh baru nya.
Begitu Anwar akan terus beretorik sehingga ke akhir hayat. Bila akhir hayat dia..? tengok muka pun dah cengkung. baru-baru ni dia ke Usa? buat apa? cuci balang or cuci darah?