Jumaat, 20 Februari 2009

Pakatan Ruyub punya lawak

Isu sembah derhaka oleh Nizar kepada Sultan Perak hari ini telah menjadi isu hangat. Rakyat mengutuk keras tindakan Nizar dan pakatan-pakatannya. Dengan muka selamba dan tidak malu Nizar tetap hadir di Istana khusus untuk menikmati santapan diraja buat kali terakhir agaknya.

Pas berada di belakang Nizar dan menyokong penderhakaan Nizar. Ini telah dizahirkan oleh penyokong tegar Pas di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar beberapa Jumaat lalu. Tak cukup dengan itu Pas mengadakan pengedar risalah di Arena Square Kuala Kangsar. Laman-laman blog Pas juga menyokong Nizar dengan menyamakan kisah-kisah silam antara Institusi Raja yang sudah tersimpan lama dalam peti sejarah.

Pas dengan mudah menyatakan MB Ghazali Jawi juga menderhaka dengan Sultan Perak. Mahathir juga telah dikaitkan kononnya menderhaka Institusi raja.

Apa yang berlaku pada Pas dan Nizar adalah tidak sama dengan apa yang berlaku antara Mahathir, atau Ghazali Jawi atau lain kes terdahulu. Kesnya berbeza ibarat langit dengan bumi. Pas cuba menyamakan kes Nizar dengan semua di atas. Pas di ibaratkan cuma memalit lumpur kepada semua orang khususnya Umno.

Lawak terbaru di Perak tak lain dan tak bukan ialah lawak Speaker DUN Pakatan Ruyub. Penyokong diluar telah bersorak dengan menyatakan "padan muka Umno" . Oklah kita tengok sampai mana lawak bodoh akan berakhir.

Belum pun habis lawak di Perak , Anwar buat lawak di dalam Dewan Rakyat. Begitu juga dengan Lo' Lo' mula-mula bukan main mesra dan penuh setia kasih menyokong Miss Bogel Pkr tetapi akhirnya berubah nada dan menolak pemimpin PKR tersebut.

Andai kata Miss Eli keluar parti dan menyokong BN apakah dia akan menerima nasib yang sama seperti Adun Changkat Jering dan Behrang?

bersambung....