Jumaat, 20 Februari 2009

Sudahlah Nizar

Nizar telah tidak mempercayai ketentuan Ilahi. Tidak berpegang kepada rukun keimanan. Nizar ini seorang yang manusia yang baik, ayah dan suami yang baik, bijak dalam dan berrilmu. Kalau tidak masakan dia mendapat gelaran Ir.

Tapi sayangnya dia sudah terperangkap dalam jerat Pas. Pas sejak sedekad yang lalu telah berusaha sedaya upaya untuk memujuk ilmuan Islam dan juga para profesional seperti hakim, jurutera, pegawai daerah, pensyarah, pelumba atau ahli sukan, pemuzik, pelakon dan artis-artis dan ramai lagi profesyional melayu supaya menjadi ahli Pas dan menjanjikan untuk mengangkat mereka sebagai wakil rakyat di dewan parlimen dan juga dewan undangan negeri.

Termakan dengan pujuk rayu , hari ini kita dapat lihat ramai orang hebat berada dalam team mereka untuk sama-sama menumbangkan kerajaan yang sedia ada.

Berbalik kepada Nizar , saya menyeru supaya banyakkan solat istiharah dan solat-solat sunat yang lain untuk menenangkan dan mendamaikan hatinya yang bercelaru dan tidak tenteram. Kecelaruan fikiran jelas terpancar dimatanya, wajahnya dan geraklaku beliau sepanjang beliau tidak menjadi Menteri Besar .

Saya juga mencadangkan agar Nizar berangkat ke tanah suci untuk membuat umrah. Berdoa banyak-banyak di depan Kaabah. Semoga anda kembali menjadi insan yang normal.

Nizar harus ingat 11 bulan mandat dan amanat diberi oleh Sultan supaya menjadi Menteri Besar yang adil dan menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Paduka Sultan. Nizar tidak sepatutnya menjadi patung atau kuda ronggeng yang dihiasa cantik tetapi hanya sebagai perhiasan di hadapan sahaja. Di belakang pentas dia diperkuda dan dihina oleh tuannya yang tidak lain tidak bukan Ngeh dan Nga.

Nizar juga tidak perlu terpengaruh dengan Anwar, jangan ikut perangi buruk Anwar yang membawa politik ke jalan raya kononnya itu lah kuasa rakyat atau makhal sakti. Nizar percaya makhal sakti? Haram tu. minta simpang maklaikat 44. Vigil dan sebagainya itu bukan amalan agama kita. itu kritian dan hindu.

Saya juga kasihan melihat ramai orang kuat Pas yang dahulunya ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan dan kemudian berhenti kerja kerana terpedaya oleh Pas untuk menjadi wakil rakyat. Akhirnya tiap-tiap kali bertanding dalam PRU mereka kalah kepada BN.

Cuma dalam PRU 12 yang lalu ramai calon Pas yang menang. Tetapi yang banyak kali kalah dalam pilihanraya sebelum ini , mereka dilupakan dan ditinggalkan. Saya mempunyai seorang rakan yang menerima nasib yang sama. Kasihan anak ramai sedangkan dia sudah kelihatan kerja tetap dan hari ini untuk meneruskan kehidupan dia melakukan apa juga kerja tanpa pilihan dan rugutan.

Saya juga kasihan dengan keluarga Allahyarham Roslan Shahrom. Apa kah Pas akan menjaga kebajikan keluarganya ?

Benarlah pepatah melayu menyatakan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".