Zambry, 6 Exco digantung hadiri DUN Perak
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar,
menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, selama 18 bulan dan enam enam Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri selama 12 bulan daripada menghadiri sesi Dewan, berkuatkuasa hari ini.
Keputusan itu dibuat selepas Zambry dan Exco beliau tampil dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.
V. SIVAKUMAR TELAH MENEMPELAK DIRI SENDIRI DENGAN KEBODOHANNYA. TINDAKAN LUCU MENUNJUKKAN DIA MENGAKUI DAN MENGIKTIRAF PERLANTIKAN DR ZAMRY SEBAGAI MENTERI BESAR BARU DAN MENGAKUI PERLANTIKAN 6 ADUN SEBAGAI EXCO PERAK.
Mereka sebelum ini diberi notis saman supaya tampil berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh bahawa majlis angkat sumpah mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.
Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).
Zambry dan enam Exco yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira jam 3.30 petang, enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.