Aku sikit pun tidak terkejut beruk dengan apa yang berlaku di Perak hari ini. MB Dr Zamry dan enam exco digantung 18 bulan oleh Speaker.
Yang lawak tu speaker tu sendiri nak kena sepak keluar dewan. Kita tengok lah apa akan jadi dengan mainan politik Pakatan Ruyub di Perak. Pakatan dah jadi macam cacing kena panas, berdiri tak selesa, duduk tak boleh, mencari jalan bagaimana nak RTO kerajaan Perak.
Pakatan kalah dari segi perundangan dan dilihat akan mencari jalan walaupun cara yang lebih buruk dan kotor untuk mendapatkan semula pemerintahan di Perak.
Pada ketika itu mereka tidak akan mempersoalkan lagi pembubaran Dun Perak. Mereka akan terus bersorak gembira dan mengadakan pesta tuak jika berjaya merampas kembali pemerintahan di Perak dan MB Dr Zamry akan di baling botol jika lambat keluar dari kediamannya.
Itu yang tersirat diminda mereka hari ini.
Kes Elizebeth juga menarik perhatian kita. Pakatan dengan mudah menyalahkan Umno yang kononnya menggangu gugat kedudukan Adun Bukit Lanjan. Nik Aziz sendiri telah memihak kepadanya.
Soal bersalah atau tidak Adun tersebut tidak timbul disini. Kita bicarakan soal intigriti Pakatan Rakyat. Beliau sendiri mendedahkan dan membuat laporan polis bahawa bekas teman lelakinya telah mengambil gambar-gambar terlampau semasa tidur dan dalam posisi intim. Ini bermakna dia sendiri tahu siapa lelaki itu dan pastinya bukan gigolo atau penceroboh yang memasang kamera pengintip di rumahnya.
Persoalan moral yang melanda Eli hari ini. Dia mesti letak semua jawatan kerana rakyat Selangor tidak dapat menerima beliau sebagai seorang yang mengamalkan cara hidup bebas. Tidak sesuai untuk menjadi ikon kepada generasi X dan Y di Malaysia dan Selangor khususnya.
Soal sekarang ialah soal moral. Pakatan Rakyat tidak lagi releven untuk menjadi parti dominan. Maruah pemimpin-pemimpinnya sudah tercalar satu persatu. Bermula dengan bapa kepala mereka sendiri yang telah jelas menyimpan dari prinsip kehidupan normal.
Kejatuhan beberap bukit adalah bukan disebabkan tsunami politik tetapi kerana melanggar sumpah dan hukum alam. Seperti kejadian tanah runtuj di Bukit Antarabangsa. Oleh kerana kerakusan pemaju untuk membina terlalu banyak rumah di bukit tersebut maka mereka mengabaikan banyak faktur dalam hukum pembinaan. Akibatnya berlaku tanah runtuh yang dashyat.
Runtuhnya Bukit Antarabangsa diikuti pula dengan runtuhkan kerusi panas Pakatan Ruyub di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lanjan. Selepas ni bukit mana pula yang akan runtuh. Sama-sama kita tunggu.
Kenapa berlaku dalam Pakatan Ruyub? Tak lain tak bukan faktor pemilihan calon. Calon Pakatan main tangkap muat sahaja. Kalah dalam tangan , menang belum tentu.
Apabila tsunamiberlaku dalam PRU 12 seperti PRU tahun 1969 satu kejutan berlaku. Faktor kemenangan ialah kebijaksanaan Anwar CIA_Zionis yang berjaya menambat hati pengundi dengan janji-janji manisnya. Pengundi termakan dengan retoriknya.
Akhirnya yang berjaya bukan Anwar, bukan Pas, bukan Lim tetapi Bush dan Freemason yang menang. Anwar memberi cukuo indentiti untuk membolehkan Freemason membantunya dari segi kewangan dan kepakaran. Bahayanya Anwar yang tidak diketahui oleh Pas dan kebanyakan orang melayu sia-sia.
Hairan kepada Pas membela sangat si keparat Anwar? Harap penyokong Pakatan Ruyub seperti Xenan, kembara putih dan ramai lagi di luar sana dapat memberi komen kenapa Anwar dipuja dan disanjung?