17/03/2009 2:25pm
KUALA LUMPUR 17 Mac — Kira-kira 4,800 pelajar gagal menamatkan pengajian atau diberhentikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) setiap tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dr Hou Kok Chung berkata jumlah itu merupakan 1.5 peratus daripada jumlah enrolmen setiap tahun sejak 2005.
Bagaimanapun, kadar peratusan itu tidak membimbangkan dan berada pada tahap lazim, katanya menjawab soalan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai).
Kepada soalan Mohd Firdaus tentang kajian punca kegagalan pelajar dan berkemungkinan disebabkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Hou berkata Kementerian tidak menganggap AUKU sebagai salah satu faktor pelajar gagal ataupun diberhentikan.
Beliau berkata secara umumnya kegagalan pelajar menamatkan pengajian atau diberhentikan adalah kerana pencapaian akademik tidak memuaskan, gagal mendaftar kursus, menyambung pengajian di tempat lain, menipu kelayakan dan masalah disiplin. — Bernama
Komen Taipingmali;
1.5% dilihat satu fenomena biasa di mana-mana institusi pendidikan , baik peringkat rendah, menengah dan tinggi. Kegagalan pelajar di IPTA memang sudah wujud sejak awal penubuhan unversiti lagi. Penipuan , kesalahan jenayah sivil dan syariah, terlibat dengan pelbagai kesalahan yang bertentangan dengan perundangan univeriti atau kolej. Abda juga disebabkan kejutan budaya, taksub dengan sesuatu ajaran terekat atau pun terlalu terpengaruh dengan kegiatan sosial yang terlampau sehingga mengabaikan pelajaran.
Al-Arqam satu ketika dahulu dipersalahkan kerana berjaya mempengaruhi minda pelajar universiti sehinggakan ada yang sanggup meninggalkan pengajian mereka dan ada yang menjadi isteri-isteri pemimpin ajaran ini.
Demontrasi jalanan sekitar 1970an juga menjadi faktor pelajar tidak menamatkan pengajian mereka dikalangan pelajar UM, UKM dan ITM . Ini kerana mereka terpengaruh dengan DSAI.
PRK pada 7 April 09 ini , kita tunggu dan lihat berapa ramai pula anak didik Prof.Aziz Bari dan anak didik Dr Abu Hassan Hasbollah akan membawa kain rentang Pakatan Rakyat.