Selasa, 3 Mac 2009

Bn menewaskan PR Perak Kalah 4-0 pada 3 Mac 2009

IPOH: 3 Mac Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh Ridwan Ibrahim hari ini meluluskan permohonan injunksi Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri bagi menghalang Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri V Sivakumar mengadakan sebarang persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN
)
(1-0)
==================================================================================
Arahan penutupan itu dikeluarkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, dipercayai bagi menghalang sidang tergempar DUN yang dipanggil oleh Speaker DUN dari Pakatan Rakyat, V Sivakumar.

Notis dua perenggan ditampal di sekitar bangunan yang turut menempatkan pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri itu, turut mengarahkan kakitangan semua agensi di situ membatalkan temu janji mereka hari ini.

Sivakumar pula bertindak menggantung tugas Abdullah Antong kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab secara saksama dan melantik Mohd Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Politik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Setiausaha DUN yang baru.

Tindakan itu diambil berikutan kenyataan Abdullah Antong kelmarin bahawa sidang tergempar DUN yang dipanggil Sivakumar tidak sah dan tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak berdasarkan Perintah Tetap DUN Perak serta Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh dari DAP itu, juga memberi amaran bahawa mana-mana pihak termasuk Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, boleh dipenjara sehingga tujuh tahun jika cuba menghalang sidang tergempar DUN itu.

(2-0)

==================================================================================

Exco kerajaan negeri Perak, Mohd. Zahir Abdul Khalid hari ini menyerahkan notis untuk merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V. Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu atas dakwaan salah laku.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu diserahkan kepada setiausaha politik Sivakumar, A. Basu di pejabat Speaker di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Mohd. Zahir berkata, notis itu juga berkaitan dengan tindakan Speaker termasuk keputusan menggantung dan melarang Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN.

"Kita anggap ini tidak mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan ini melanggar dan ingkar titah Sultan Perak.

''Kita sebagai anggota DUN termasuk Speaker sedia maklum mesti menyatakan taat setia tidak berbelah-bagi kepada Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan notis itu di sini.

(3-0)

=================================================================================
Sivakumar tiada locul standi untuk menyaman kerajaan baru..
(4-0)

=================================================================================
Andainya Nizar gagal mengadap Tuanku Sultan atau permohonan untuk membubarkan DUN maka keputusan akan menjadi 5-0)