Selasa, 3 Mac 2009

Pas Perak sertai BN???

Dari dahulu lagi BN menawarkan ruang untuk Pas bersama BN membentuk kerajaan, tetapi Pas menolak cadangan. Mereka lebih rela mengkhianati pengundi melayu islam yang memilih mereka dengan meneruskan kerjasama dengan Dap dan Pkr. Pas hilang jati diri yang begitu kuat pegangannya terhadap Islam.

Demi kuasa mereka sanggup menepikan soal agama dan teras perjuangan mereka. Sekarang Allah menghukum Pas. Bagaimanapun mereka tidak rasa akan hukuman tersebut , sebaliknya menyalahkan Umno. Pas segenap pelusuk tanah air telah dikerahkan untuk mengadakan solat hajat agar diselamatkan pemerintahan mereka di Perak.

Namun doa mereka tidak mendapat restu dan bantuan dari Allah. Hati mereka keras, malah lebih keras dari seketul batu. Enggan menerima petunjuk Allah. terus bongkak dan sombong.

Adakah dengan kegagalan mereka hari ini ( 3Mac2009) akan menyebabkan mereka insaf akan ketentuan ilahi?
Adakah Pas sudi bergabung dengan Bn untuk memerintah Perak dan meninggalkan Dap Harbi dan Pkr al-jub?

Sama-samalah kita tunggu samada Nizar akan sedar kesilapannya yang lalu. Politik lebih kepada perundingan secara lembut dan diplomasi. Tak ada kekasaran dan percakaran. Jauhkan sifat benci membenci atau rasa nak pukul lawan sampai mati. Kita bukan berada di zaman orang makan orang, atau zaman head hunter.

Kita sudah bertamadun. Dr Abu Hassan kata civil society. Buat apa baring atas jalan, buat apa menjerit dan terjerit macam lotong. Ayuhlah sama-sama berganding bahu dan bangunkan negara.

Pas punya banyak idea dan kritikan terhadap pemerintahan kerajaan BN. Bila mereka berada dalam kerajaan yang memerintah bolehlah segala buah fikiran mereka dijanakan untuk kebaikan bersama. Rakyat tidak lagi diperdaya dengan hujah-hujah atau retorik politik.

Pas dikatakan berjaya memerintah dengan adil dan baik di Kelantan selama 18 tahun. Mereka berjaya melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan di sana, tetapi mereka gagal melaksanakan di negeri yang mana mereka berkongsi kuasa dengan Dap dan Pkr.

Oleh kerana gagal memerintah dengan baik bersama Dap dan Pkr , apa kata Pas dengan rasa hati yang terbuka menerima Umno sebagai team.